Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui portal rasmi mereka mengeluarkan pemberitahuan dan pengumuman berkaitan Permohonan Rayuan Kemasukan Ke Tingkatan 6 bagi calon STPM Tahun 2019 (KISAS Dan SMAP LABU) dibuka bermula pada 1 April 2019 sehingga 30 April 2019.
Isi kandungan
Cara Permohonan
Anda terlebih dahulu perlulah muat turun borang permohonan ke tingkatan 6 KISAS dan SMAP Labu di pautan di bawah yang disediakan
Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah sampai sebelum atau pada 30 April 2019 ke alamat berikut :
Pengarah, Bahagian Pendidikan Islam,
Aras Bawah Dan 2, Lot 2251, Jalan Usahawan 1,
63000 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan.
(U.P: Sektor Kemajuan Sekolah Agama)
Sila Sertakan 1 Salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan bersama borang permohonan: Â
- Keputusan SPM
- Kad Pengenalan
- Surat Beranak
- Sijil-Sijil Kokurikulum
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia.
- Lulus Perperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
- Memperolehi kepujian dalam Bahasa Melayu sekurang-kurangnya 6C.
- Memperolehi kepujian dalam Bahasa Arab Tinggi sekurang-kurangnya 6C.
- Lulus kedua-dua matapelajaran berikut dan satu daripadanya sekurang-kurangnya 6C:
- Pendidikan Syariah Islamiah
- Pendidikan Al-Quran & As-Sunnah
- Memperolehi Agregat tidak melebihi 14 Mata untuk tiga matapelajaran terbaik.
- Umur tidak kurang daripada 17 Tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa.
- Surat tawaran kemasukan ke Tingkatan Enam KISAS dan SMAP LABU akan dihantar kepada pemohon yang berjaya melalui E-Mel.
Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan Pegawai seperti di bawah: Â
Pn. Yusnidah @ Yusnidiah binti Mahat  Â
yusnidah.mahat@moe.gov.my
03-83217336 Â
En. Fazrul Azman bin Khairuddin
azman.khairuddin@moe.gov.my
03-83217339