Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Kementeria Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka Permohonan Bagi Kemasukan Murid Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia bagi Tahun 2020. Permohonan ini akan di buka secara atas talian dan yang pastinya ibu bapa yang membuat permohonan bagi untuk anaknya. 
Permohonan Kemasukan Prasekolah 2020

Tarikh Permohonan Kemasukan

Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2020 secara dalam talian dibuka mulai 1 Mac 2019 hingga 30 April 2019.
  1. Secara Dalam Talian : 1 Mac 2019 hingga 30 April 2019
  2. Secara Manual Melalui Sekolah Dimohon : 1 Mac 2019 hingga 31 Mei 2019

Pemilihan Sekolah

Pemohon hanya dibenarkan untuk memohon SATU (1) pilihan sekolah sahaja di laman web rasmi

Syarat Kelayakan Permohonan

  1. Kanak-kanak warganegara Malaysia sahaja
  2. Kanak-kanak yang lahir pada 2 Januari 2014 hingga 15 Januari 2016 sahaja yang layak untuk memohon

Cara Membuat Pendaftaran

  1. Pengguna yang baru menggunakan sistem ini perlu mendaftar terlebih dahulu.
  2. Hanya ibu / bapa / penjaga sahaja yang dibenarkan untuk mendaftar.
  3. Pastikan email yang didaftarkan adalah email yang aktif
  4. Bagi segala perincian permohonan anda boleh dapatkan di Manual Pengguna

PENTING : Borang permohonan (Atas Talian) perlu di cetak dan diserahkan bersama dokumen yang lenkap ke sekolah yang dipohon sebelum tarikh tutup permohonan. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses

Semak Keputusan Permohonan

  1. Semak Keputusan Permohonan Kemasukan Prasekolah Tahun 2020 Bermula 5 Ogos 2019. Bagi permohonan yang Tidak Berjaya, Rayuan boleh dibuat bermula 5 Ogos 2019 hingga 20 Ogos 2019
  2. Semak Keputusan Rayuan. Semak Keputusan Rayuan Permohonan Kemasukan Prasekolah Tahun 2020 Bermula 10 September 2019

Jika mempunyai aduan berkenaan sistem ePrasekolah sila emelkan kepada 
eprasekolah@moe.gov.my
Pendidikan Untuk Semua

Artikel Berkaitan

2 thoughts on “Permohonan Kemasukan Prasekolah 2020”

  1. Pingback: Kata Putus KPM Berkaitan Tulisan Khat - pendidikan4all

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan kepada Yang lain

Jika anda dapati, artikel ini menarik, kongsikan dengan rakan dan pembaca lain