Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
program genius negara

Program Genius Negara merupakan program kesinambungan daripada program daripada Kerajaan terdahulu tetapi telah dipertingkatkan kualitinya menjadikannya lebih baik dan berdaya saing.

Terdapat beberapa keistimewaan yang disediakan oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dibawah program Genius Negara ini. Antaranya adalah :

  • GENIUS merupakan Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak yang holistik dan menyeluruh
  • Program ini menggunakan kurikulum yang mengintergrasikan secara bersepadu asas asuhan lengkap dan asas didikan awal yang holistik
  • Ianya menggunakan pedagogi belajar melalui bermain
  • Menekankan konsep 3E iaitu meneroka, mengeksperimen dan mengalami (Exploring, Experimenting dan Experiencing)
  • Menyediakan pendidik yang berkelayakan

Baca Juga : Pertandingan Mencipta Logo Yayasan Genius Malaysia

Jadi jika ibu bapa berminat untuk menghantar anak mereka menyertai Program Genius Negara ini, anda sudah boleh berbuat demikian

Permohonan Menyertai Program GENIUS Negara

Permohonan ini telah pun dibuka sekarang hingga tarikh tutup iaitu 30 September 2019 bersamaan hari Isnin. Anda juga boleh membuat semakan keputusan pada November 2019 kelak.

Syarat Permohonan

Syarat Am

  • Anaknya mestilah warganegara Malaysia
  • Anak berumur 4 tahun ke bawah
  • Pendapatan isi rumah di bawah RM4000

Syarat Wajib Ketika membuat permohonan

  • Sediakan salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga
  • Salinan mykid anak
  • Salinan sijil lahir
  • Slip pendapatan ibu dan bapa/penjaga
  • Surat pengesahan pendapatan ibu bapa/penjaga oleh ketua kampung/pegawai kerajaan/pesuruhjaya sumpah (sekiranya bekerja sendiri)
  • Surat pengesahan tidak bekerja ibu bapa/penjaga oleh ketua kampung/pegawai kerajaan/pesuruhjaya sumpah
  • Salinan buku kesihatan anak (muka surat hadapan dan rekod vaksin)

Permohonan boleh dibuat dengan muat turun borang permohonan dan senarai semak disini

Selepas melengkapkan borang permohonan, borang tersebut hendaklah dihantar ke Pusat Anak Genius Negara (PAGN) yang berdekatan dengan anda.

Bagi mengetahui senarai Pusat Anak GENIUS Negara (PAGN) di seluruh Malaysia anda boleh semak di pautan ini dengan lebih 80 tempat disediakan.

Jika ada sebarang pertanyaa lanjut, sila hubungi Bahagian GENIUS, Kementerian Pendidikan Malaysia di talian 03-8805151

program genius negara

Artikel Berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan kepada Yang lain

Jika anda dapati, artikel ini menarik, kongsikan dengan rakan dan pembaca lain