advertisement

Murid Berkeperluan Khas (MBK) bagi tingkatan 1 dan 4 kini telah dibuka bagi permohonan ambilan 2020. Justeru kepada ibu bapa yang ingin memohon, sila berbuat demikian di portal disediakan.

Permohonan MBK ini merupakan ambilan bagi tahun 2020 kelak dimana ibu bapa sudah boleh mendaftar anak mereka bagi kemasukan ke tingkatan 1 dan tingkatan 4 bagi beberapa buah sekolah.

murid berkeperluan khas

Permohonan terbahagi kepada 2 bahagian iaitu melalui sistem online yang dikenali sebagai ePKHAS dan juga permohonan terus melalui pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) atau Pejabat Pendidikan Daerah (PPD)

[Sudah Baca?] Keputusan Permohonan Pengajian Universiti Di Jordan

Permohonan ini juga hanya dibuka kepada anak-anak yang bakap menyambung pelajaran mereka ke tingkatan 1 dan juga tingkatan 4 pada tahun 2020 kelak.

Permohonan Murid Berkeperluan Khas

Kepada ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak-anak ke bagi program MBK ini, anda sudah boleh memohon bermula 19 Ogos 2019 mulai jam 3.00 petang hingga 19 September 2019

Bagi ibu bapa yang ingin membuat permohonan penempatan MBK ke Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), anda boleh terus berhubung dengan pihak JPN atau PPD.

Manakala bagi permohonan menggunakan ePKHAS, permohonan kemasukan tingkatan 1 dan 4 dibuka kepada beberapa sekolah antaranya:

Tingkatan 1

  • SMKPK Setapak
  • SMKPK Persekutuan Pulau Pinang

Tingkatan 4

Akademik

  • SMKPK Setapak
  • SMKPK Persekutuan Pulau Pinang

Vokasional

  • SMPK Vokasional Shah Alam
  • SMPK Vokasional Indahpura
  • SMPK Vokasional Kuantan
  • SMPK Vokasional Merbok
  • Kolej Vokasional Keningau, Sabah

Program Vokasional Menengah Atas (PVMA)

  • SMKPK Persekutuan Pulau Pinang

Bagi yang berminat untuk membuat permohonan kemasukan Murid Berkeperluan Khas Ambilan 2020 ke tingkatan 1 dan tingkatan 4, anda boleh berbuat demikian di pautan dibawah

https://epkhas.moe.gov.my/

murid berkeperluan khas

advertisement

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here