MARA kini membuka permohonan untuk pinjaman pelajaran bagi pelajar lepasan asasi / STPM dan Diploma melalui Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP 2021).
Program Penajaan Pengajian Tertiari ini adalah program penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah dibawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar lepasan STPM 2019, Matrikulasi/Asasi, Diploma dan setaraf yang telah ditawarkan pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan IPT terpilih bagi kemasukan Mac 2021.
Selain itu MARA juga memberitahu, pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama juga boleh memohon mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Isi kandungan
Permohonan Pinjaman Pelajaran Melalui Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP 2021)
Permohon ini telah dibuka bermula 1 Mac (Isnin) yang lalu sehingga 19 Mac 2021 (Jumaat). Permohonan hendaklah dibuat secara online di Portal MARA atau klik link dibawah
Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum dan syarat akademik yang telah ditetapkan. Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.

Syarat Umum
- Warganegara Malaysia.
- Pemohon serta salah seorang ibu atau bapa bertaraf Bumiputera
- Ibu dan bapa/penjaga serta pelajar tidak disenaraihitam oleh MARA.
- Tidak pernah menerima pinjaman MARA bagi peringkat pengajian yang sama.
- Bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan.
- Had umur pemohon adalah tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan dibuat
Syarat Akademik
Pelajar Baharu
- Mendapat CGPA 3.0 dan ke atas di peringkat Asasi / Matrikulasi / Persediaan / STPM serta setaraf
- Telah mendapat tawaran/mendaftar di IPT bermula Januari 2021
Pelajar Sedia Ada
- Mendapat CGPA 3.0 dan ke atas bagi semester terdahulu DAN
- Mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang dari 1 tahun
Lain-Lain Syarat
- Lulus dengan kepujian dalam subjek Bahasa Melayu di peringkat SPM
- Kelayakan akademik bagi program Perubatan, Pergigian dan Farmasi mestilah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Badan-Badan Profesional
Bidang-Bidang Terpilih
Antara bidang yang terpilih bagi permohonan pinjaman pelajar MARA ini adalah :
- Engineering & Environment
- Marketing , Business & Management
- Creative Design
- IT & Computer Science
- Build Professionals
- Accounting & Finance
- Medical Science
- Food Security
- Transport
Untuk melihat lebih details berkaitan bidang dan sub bidang serta senarai institut pengajian tinggi yang terlibat, boleh klik Panduan Permohonan ini
Untuk sebarai pertanyaan, anda boleh hubungi pihak MARA di talian dan emel seperti berikut : Telefon : 03-2613 2034 / 2070 / 2582 / 2058 / 087 / 2024, Emel : tesp@mara.gov.my atau pergi ke portal MARA TESP 2021
Good share