Pada 5 Mei 2019 (Hari ini, posting ini dikeluarkan) telah secara rasminya keputusan UPUOnline diumumkan bagi calon lepasan SPM. Rata-rata berpuas hati dengan dapat seperti apa yang dimohon sebelum ini. Tahniah semuanya.
Tetapi dengan jumlah permohonan lebih 100,000 calon, sudah pastinya ada pemohon mendapat kursus selain yang dipohon atau pun ada yang tidak dapat langsung. Pelbagai riaksi ada boleh lihat di seluruh rangkaian media sosial terutamanya di Twitter. Jadi pihak KPM telah membuka 1 lagi peluang kepada yang gagal peroleh sebarang tawaran untuk mengemukakan rayuan bagi calon lepasan SPM
Isi kandungan
Siapa Yang Layak Memohon?
Hanya pemohon yang gagal mendapat tawaran ke UA serta tidak mendapat tawaran Diploma di Politeknik dan ILKA sahaja yang boleh mengemukakan permohonan rayuan melalui UPUOnline. Jadi kepada yang gagal untuk peroleh sebarang tawaran sahaja bagi calon lepasan SPM untuk kemasukan ke Universiti Awam (UA) boleh mengemukakan rayuan melalui UPUOnline Rayuan di portal UPUOnline mulai 5 Mei 2019 sehingga 10 Mei 2019
Cara Memohon
- Â Layari http://upu.moe.gov.my
- Login ID (No Kad Pengenalan)
- Hanya 2 pilihan Program sahaja dibenarkan
- Klik ‘Sah & Hantar’
- Cetak Slip Permohonan
Permohonan Rayuan Politeknik Premier, Politeknik Vokesional/MetrO, Kolej Komuniti Dan ILKA
Bagi selain daripada Universiti Awam (UA), anda boleh membuat permohonan rayuan terus ke portal mereka:
- ILKBS : https://ekampus.kbs.gov.my
- ILJTM : Rayuan Terus Ke Pusat Latihan Yang Berdekatan
- JPPKK : http://ambilan.mypolycc.edu.my
- MARA : http://www.tvetmara.edu.my
Bagi selain daripada Universiti Awam (UA), anda boleh membuat permohonan rayuan terus ke portal mereka:
Â