advertisement

Kini anda boleh membuat permohonan sebagai Pensyarah di Kolej Matrikulasi KPM bagi seluruh Malaysia selepas pihak Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuka permohonan kepada mereka yang berminat.

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa mana-mana individu yang berkelayakan bagi memohon jawatan di Kolej Matrikulasi KPM seluruh Malaysia.

permohonan sebagai pensyarah di kolej matrikulasi

Permohonan adalah dipelawa kepada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG44/ DG48 (KUP) / DG48 yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Pensyarah Akademik di Kolej Matrikulasi KPM.

Permohonan Sebagai Pensyarah Di Kolej Matrikulasi

Syarat Umum

Sebelum membuat permohonan, anda mestilah semak terlebih dahulu syarat-syarat umum yang telah ditetapkan oleh pihak KPM :

  • PPP Gred DG44/ DG48 (KUP) / DG48 yang sedang berkhidmat di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP);
  • Markah wajaran Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT/ PBPPP) sekurang-kurangnya 85 % bagi tahun 2016, 2017 dan 2018;
  • Bebas daripada tindakan tatatetertib
  • Telah mengisytiharkan harta dalam tempoh 5 tahun;
  • Bebas daripada senarai peminjam tegar pinjaman pendidikan institusi/ tabung pendidikan; dan

Baca Juga : Adakah permohonan lepasan STPM akan terjejas kerana tambahan kemasukan ke Matrikulasi?

Syarat Khusus

Juga diberi syarat khusus kepada semua pemohon sebelum anda membuat permohonan. Antara syarat khusus tersebut adalah :

  • Mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan bagi kursus yang dimohon;
  • Fasih dalam Bahasa Inggeris (penulisan dan pertuturan);
  • Bagi permohonan sebagai Pensyarah Bahasa Inggeris, PPP perlu berada pada tahap penguasaan minimum Common European Framework of Reference For Languages (CEFR) C1;
  • Sihat fizikal dan tidak mempunyai sakit kronik; dan
  • Sedia berkhidmat di kolej matrikulasi yang ditawarkan sekurang-kurangnya 3 tahun.

permohonan sebagai pensyarah di kolej matrikulasi

Senarai Kolej Matrikulasi Yang Terlibat

Kekosongan jawatan adalah seperti berikut:

Bil Kolej Matrikulasi Kursus
1 Labuan Sains Komputer
Kimia
Fizik
Biologi
Bahasa Inggeris
2 Johor Sains Komputer
Kimia
Fizik
Biologi
Perakaunan
Bahasa Inggeris
3 Perak Sains Komputer
Kimia
Fizik
4 Pahang Sains Komputer
Kimia
Fizik
Biologi
Bahasa Inggeris
5 Kelantan Sains Komputer
Kimia
Fizik
Biologi
Perakauan
Bahasa Inggeris
6 Sarawak Sains Komputer
Kimia
Biologi
Bahasa Inggeris
7 Kejuruteraan Pahang Kimia
Fizik
Bahasa Inggeris
9 Kejuruteraan Johor Sains Komputer
Fizik
Bahasa Inggeris

Cara Memohon

Bagi yang berminat untuk memohon, anda perlu muat turun borang dipautan disediakan di bawah ini :

Seterusnya ikut arahan di bawah :

  • Tindakan Pemohon
    • Melengkapkan maklumat yang diperlukan seperti di Lampiran A; dan
    • Mencetak maklumat permohonan secara depan belakang, mengepilkan maklumat berdasarkan senarai semak dan mengemukakan permohonan kepada Ketua Jabatan bagi tujuan sokongan.
  • Tindakan Ketua Jabatan
    • Melengkapkan ruangan sokongan Ketua Jabatan beserta ulasan (mandatori);
    • Mengemukakan permohonan yang disokong sahaja kepada Bahagian Matrikulasi melalui alamat berikut:

Pengarah
Bahagian Matrikulasi
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 6&7, Blok E15, Kompleks E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya.

Tarikh Tutup Permohonan

Sebarang pertanyaan boleh dibuat talian telefon 03-8884 4083/ 4081/ 4067/ 4078.

  • Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Oktober 2019.
  • Hanya pegawai yang terpilih sahaja akan dipanggil untuk proses temuduga. Sekiranya tiada sebarang jawapan diterima daripada urus setia dalam masa 12 bulan dari tarikh tutup permohonan, permohonan ini adalah dianggap tidak berjaya. Keputusan adalah muktamad dan sebarang rayuan tidak akan dipertimbangkan.

IKLAN PENUH JAWATAN DISINI

advertisement

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here