advertisement

Permohonan STAM Di Kisas bagi ambilan tahun 2020 kini dibuka kepada mereka yang berminat. Tawaran ini dibuka bagi ambilan tingkatan 6 bagi Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) untuk tahun 2020.

stam di kisas

Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS) mengajak mana-mana pelajar lepasan SPM bagi memohon kemasukan Tingkatan di sekolah tersebut bagi ambilan STAM pada tahun 2020 kelak.

Syarat Kemasukan STAM Di KISAS

Bagi yang berminat bagi menyambung pelajaran di KISAS, anda boleh lihat syarat kemasukan disini. Antaranya adalah :

  1. Warganegara Malaysia
  2. Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  3. Memperolehi kepujian dalam Bahasa Melayu sekurang-kurangnya 6C
  4. Memperolehi kepujian dalam Bahasa Arab Tinggi sekurang-kurangnya 6C
  5. Lulus kedua-dua matapelajaran berikut dan satu daripadanya sekurang-kurangnya 6C
    1. Pendidikan Syariah Islamiah
    2. Pendidikan Al-quran & As-Sunnah
  6. Memperolehi agreget tidak melebihi 14 mata untuk 3 matapelajaran terbaik
  7. Umur tidak kurang daripada 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun permohonan semasa
  8. Keputusan Sijil Menengah Agama (SMA) sekurang-kurangnya Jayyid Jiddan
  9. Lulus ujian khas kelayakan (Temuduga)

Baca Juga : Permohonan Guru Interim Bagi Tahun 2020 Dibuka

Cara Membuat Permohonan

Kepada mereka yang berkelayakan anda sudah boleh mula memohon ambilan STAM di KISAS dengan muat-turun borang permohonan dan diisi dengan lengkap.

Sila sertakan 1 salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan bersama borang permohonan:

  • Keputusan SPM
  • Kad Pengenalan
  • Surat beranak
  • Sijil-sijil kokurikulm
  • Sijil Menengah Agama (SMA)

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat berikut sebelum tarikh tutup iaitu pada 26 Oktober 2019

PENGARAH,
BAHAGIAN PENDIDIKAN ISLAM,
ARAS BAWAH DAN 2,
LOT 2251, JALAN USAHAWAN 1,
63000 CYBERJAYA, SELANGOR DARUL EHSAN.
(U.P: KEMAJUAN SEKOLAH AGAMA)

Sebarang maklumat lanjut boleh berhubung dengan pegawai seperti di bawah:

  • Pn. Yusnidah @ Yusnidiah binti Mahat di alamat emel : yusnidah.mahat@moe.gov.my atau melalui no telefon : 03-83217346
  • En. Fazrul Azman bin Haji Khairuddin di alamat emel : azman.khairuddin@moe.gov.my atau melalui no telefon : 03-83217339
advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here