Bagi mereka yang layak, jangan lupa untuk mula memohon tajaan JPA bagi program Ijazah Dalam Negara (PIDN) untuk tahun 2020 dengan mengikuti pengajian peringkat Ijazah Pertama.

Program Tajaan JPA ini akan dibuka setiap tahun bagi calon-calon yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama di Universiti Awam, Politeknik Premier dan Government Linked University (GLU) yang telah ditetapkan.

Baca Juga : Senarai Bantuan Pendidikan Sekolah Dan Universiti Untuk Tahun 2020

Tajaan JPA ini adalah secara Pinjaman Boleh Ubah (PBU) bagi tempoh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Untuk yang berminat, boleh lihat cara dan syarat permohonan dibawah.

Cara Memohon Tajaan JPA

tajaan jpa

Permohonan Tajaan JPA ini dibuka secara atas talian (online) selama 10 hari iaitu bermula 11 Mei 2020 (Isnin) sehingga 20 Mei (Rabu) dengan klik pautan dibawah

Hanya pindaan yang terkini sahaja diambil kira untuk tujuan penyimpanan data. Anda boleh buat kemaskini sepanjang sebelum tarikh tutup. Calon hendaklah memastikan proses permohonan telah sempurna dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan Penajaan Program PIDN Tahun 2020 sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Syarat Permohonan

Calon mestilah memenuhi 2 syarat yang ditetapkan iaitu syarat umum dan syarat khusus seperti berikut:

Syarat Umum

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Umur tidak melebihi 22 tahun pada tahun permohonan (23 tahun bagi pelajar peralihan);
  3. Calon dan/atau Ibu dan/atau Bapa tidak disenarai hitam oleh JPA atau sedang dalam tindakan undang-undang oleh pihak JPA;
  4. Mempunyai kesihatan yang baik;
  5. Memiliki Sijil Penuh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM); dan
  6. Tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari manamana agensi untuk peringkat pengajian yang sama

Syarat Khusus

Perincian bagi syarat khusus mengikut bidang yang ditetapkanadalah seperti berikut:

  1. Telah memulakan pengajian peringkat Ijazah Pertama sebelum tarikh iklan ditutup;
  2. Memenuhi syarat akademik seperti berikut:

A. Bidang SELAIN Perubatan dan Pergigian:

  • Pelajar yang telah memulakan pengajian dan memperoleh PNGK terkini sekurangkurangnya 3.00; atau
  • Pelajar yang telah memulakan pengajian tetapi belum melengkapkan sekurang-kurangnya satu semester di peringkat Ijazah Pertama hendaklah memenuhi syarat memperoleh sekurang-kurangnya 3.25 di peringkat Diploma dari UA / Politeknik / IPTS (GLU) yang disenaraikan; dan
  • Mempunyai baki 18 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa;

B. Bidang Perubatan dan Pergigian:

  • Memperolehi keputusan ‘Lulus’ bagi semester terkini pengajian bagi bidang perubatan dan pergigian; dan
  • Mempunyai baki 24 bulan pengajian tidak termasuk semester terkini / semasa.

Semua bidang adalah ditaja di bawah Program Ijazah Dalam Negara (PIDN) Tahun 2020 KECUALI bidang-bidang seperti berikut:

  • Bidang pendidikan;
  • Bidang berkaitan penerbangan yang memerlukan pelajar mengambil lesen penerbangan;
  • Program-program berbentuk francais universiti awam / IPTS;
  • Program-program berkembar / dual award / double degree dengan institusi lain kecuali yang dibenarkan (UKM-UDE dan UMP-HsKA);
  • Program kejururawatan, separa perubatan dan program pra perkhidmatan;
  • Program-program berkaitan sijil profesional seperti ACCA; dan
  • Program pengajian secara separuh masa / jarak jauh / atas talian.

Makanisme Perjanjian Tajaan JPA

Terdapat 5 syarat yang ditetapkan oleh JPA

  1. Pinjaman akan ditukar kepada biasiswa dan dikecualikan daripada bayaran balik sekiranya pelajar berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam; atau
  2. Bayaran balik sebanyak 25% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dalam syarikat milik Kerajaan (GLC); atau
  3. Bayaran balik sebanyak 50% daripada jumlah pinjaman yang diterima sekiranya pelajar berkhidmat dengan syarikat swasta dalam negara; atau
  4. Selain daripada keadaan seperti di atas, pelajar dikehendaki membayar balik sepenuhnya nilai pinjaman

Untuk maklumat lanjut mengenai program Tajaan JPA ini, calon dapatkan FAQ disini atau melalui e-mel di alamat http://jpa.spab.gov.my atau penawaranlsp@jpa.gov.my

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here