advertisement

Kepada pelajara lepasan Ijazah Sarjana Muda khususnya pasti mempunyai cita-cita untuk sambung Master dan PhD. Pembelajaran tidak berhenti sebenarnya bagi mana-mana tahap hatta di peringkat Ijazah Sarjana Muda. Selagi kita bergelar manusia, ilmu itu tidak pernah cukup. Tetapi tahap ini sekadar kayu ukur bagi sesebuah tahap pembelajaran.

Tetapi bagi mereka yang ingin menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi seperti Master dan PhD ini, pastinya kalau anda betul-betul baru habis belajar dan grad dalam Ijazah Sarjana Muda, pasti anda tidak mempunyai idea bagaimana atau apa persediaan sebelum sambung Master dan PhD bukan.

Jadi disini, sedikit perkongsian daripada Dr. Mar di laman twitter beliau bagaimana beliau berkongsi kepada orang ramai apa yang perlu di buat jika anda nak sambung Master dan PhD.

Nak Sambung Master Dan PhD? Tak Tahu Nak Mula?

Untuk Master atau Phd terdapat 3 fasa iaitu :

  • Sebelum pengajian
  • Semasa pengajian
  • Selepasa tamat pengajian

Jadi perkongsian ini hanya dan lebih mengfokuskan kepada Fasa 1 (Sebelum Pengajian)

sambung master dan phd

#1 – Faktor Diri Sendiri

Anda perlu mempunyai minat yang tinggi untuk belajar terlebih dahulu. Dikala rakan anda yang lain mempunyai kerja selepas tamat pengajian, adakah anda ingin sambung belajar dan tidak mahu bekerja? Jadi anda perlu ada minat terhadap ilmu dan pelajaran.

Selain itu, persekitaran diri juga memainkan peranan. Sebagai contoh, tiada ahli keluarga yang sakit yang perlu penjagaan rapi. Pastinya lebih penting adalah kewangan. Pastikan ianya bukan masalah utama yang menyebabkan anda tidak mampu untuk sambung Master dan PhD.

#2 – Jenis Pengajian

Anda mempunyai pelbagai jenis pengajian di peringkat ini, antaranya :

  • Coursework
  • Mixed-mode
  • Research

Coursework : Anda perlu melalui kelas assignment, exam iaitu sama seperti di alam Ijazah Sarjana Mudah. Cuma masanya lebih pendek dan subjek tidak begitu banyak seperti zaman Degree.

Mixed-mode (Mod Campuran) : Ianya sama seperti coursework, cuma ada tambahan komponen ‘research’ atau mini projek. Pastinya jenis ini memberi kelebihan iaitu dapati sijil research dan dapat habis Master dalam masa yang singkat (jika lulus)

Research : Ini agak mencabar daripada jenis pengajian lain. Jangka masa antara 1-3 tahun. Disini, tak perlu pergi kelas, tak perlu buat assignment, tak perlu ambil exam tetapi anda perlu kumpul data, buat eksperimen, buat analisis, tulis thesis. Banyak kerja la sikit.

Kalau nak Master dalam tempoh singkat dan sanggup untuk hadir kelas dan ambil exam semua, coursework adalah pilihan. Kalau nak cari kerja yang perlukan skill dan habiskan dalam masa yang singkat juga, boleh pilih Mixed-mod. Manakala, jika tidak berminat untuk hadir kelas, exam tetapi minat ke arah bereksperiment, analisis data dan sebagainya, anda boleh pilih research.

#3 – Jika Pilih Research Sambung Master Dan PhD

  1. Pilih Supervisor (SV) yang anda rasa selesa, tidak terlalu segan atau takut dan tidak terlalu ‘kamcing’. Kalau boleh, jangan pilih SV itu saudara atau kenalan rapat anda.
  2. Pilih SV yang ada geran penyelidikan bagi mana-mana research yang perlukan kos untuk beli bahan atau alatan.
  3. SV atau co-SV harus ada good background dalam bidang kajian anda.

#4 – Lokasi

Tempat yang mana anda sambung Master dan PhD tersebut, tempat pengajian yang praktikal dimana mudah untuk anda cari tempat tinggal dan untuk survive sepanjang pengajian. Lokasi kajian juga mestilah yang bersesuaian dengan skop pengajian.

sambung master dan phd

#5 – Kewangan

Antara perkaran penting adalah berkaitan duit dan kewangan. Jika anda belum mempunyai scholarship atau mana-mana biasiswa, tetapi sangat berminat untuk sambung belajar, mungkin boleh cari lokasi universiti berdekatan dengan rumah. Jadi boleh la jimat sewa disitu.

Baca Juga : Tawaran Biasiswa Melalui Program Knowledge Is Free

Selain itu, boleh juga cari SV yang dapat memberikan sedikit elaun sara hidup (jika peruntukan disediakan didalam geran). Yang pastinya belajarlah berjimat-cermat.

Tetapi sebelum sambung belajar, mohon semua biasiswa atau pinjaman yang mungkin layak dengan kelulusan anda. Peka dengan iklan, tengok website kementerian pendidikan jika ada tawaran disediakan. Di pendidikan4all.net juga akan memberitahu jika terdapat tawaran biasiswa kepada pelajar.

#6 – Cara Approach SV (Pengajian Research)

Jika sudah buat keputusan untuk ambil pengajian by research, anda perlu dapatkan dan approach SV yang anda mahu tersebut. Iaitu dengan cara yang betul.

  • Email pendahuluan dengan bahasa dan tatacara yang baik. Bahasa anda menggambarkan peribadai anda. First impression itu penting!
  • Lampirkan CV atau Resume yang lengkap
  • Nyatakan kenapa anda meminati bidang kajian yang anda pilih

Itulah antara perkara yang perlu dibuat bagi mereka yang berminat untuk sambung Master dan PhD. Jika anda benar-benar mahu menjadi pakar dalam sesuatu bidang dan matlamat utama anda adalah mendapatkan PhD, pastikan bidang Master dan PhD anda tidak jauh berbeza supaya ada kesinambungan dalam skop kepakaran anda kelak.

Akhirnya, jika anda ingin berjaya dalam bidang yang anda minati, anda perlu :

  • Kuat semangat
  • Rajin berusaha
  • Tidak malu bertanya
  • Hormat sesama rakan dan SV
  • Belajar kenal orang lain
  • Belajar tolak ansur
  • Tawakkal dan doa

sumber : Twitter MarAzlan

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here