advertisement

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) umumkan sekali lagi iaitu Pinjaan Kali Kedua bagi Takwim Peperiksaan di bawah kendalian kementerian tersebut bagi tahun 2020.

Pada hujung Mac yang lepas, KPM telah mengeluarkan Takwim Pindaan Tarikh bagi peperiksaan kendalian mereka berikutan pandemik COVID-19 pada ketika itu sangat membimbangkan sehingga berlakunya PKP.

Oleh kerana peperiksaan SPM tahun 2020 dijadualkan bermula pada minggu pertama tahun 2021, KPM telah mengambil kira keperluan untuk mengatur semula pelbagai aspek logistik bagi tujuan peperiksaan tersebut.

Ini termasuklah memperincikan tarikh permulaan sesi persekolahan bagi tahun 2020 yang akan diumumkan kelak. Penyusunan semula permulaan sesi ini penting bagi memastikan agar sesi persekolahan pada tahun hadapan berjalan lancar.

Takwim Peperiksaan Bagi Tahun 2020

Untuk makluman, UPSR, PASR, PT3 (kecuali bagi komponen Hifz Al-Quran – Tasmi’ dan Tahriri) pada tahun 2020 adalah dibatalkan selaras dengan pengumuman yang dibuat oleh KPM pada April yang lepas.

Berikut adalah takwim peperiksaan bagi tahun 2020 yang telah dijadualkan semula:

BilPeperiksaanPindaan PertamaPindaan Kedua
1Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU)
– Ujian Bertulis
– Ujian Lisan

23-25 Jun 2020
2-30 Jun 2020

17-19 Ogos 2020
17 Ogos-30 Sept 2020
2Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
– Ujian Lisan Khusus Calon Persendirian (ULKCP)
– Kerja Kursus
– Ujian Bertulis

3-30 Jun 2020
April- Okt 2020
16 Nov-7 Dis 2020

17 Ogos-31 Okt 2020
Julai-Dis 2020
6 Jan-9 Feb 2021
3Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa (UPBA)22 Jun 20204 Feb 2021
4Mata Pelajaran Aliran Kemahiran (MPAK)5 Okt 202018 Nov 2020
5Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
Sesi 1
– Semester 3
– Semester 1
Sesi 2
– Semester 4
– Semester 2


13-24 Mei 2020
13-24 Mei 2020

21 Okt-8 Nov 2020
14-30 Okt 2020


3-14 Ogos 2020
28 Sep-9 Okt 2020

18-29 Jan 2021
17-28 Mei 2021
6Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
Bahasa Melayu 1104
– Ujian Lisan
– Ujian Bertulis
Sejarah 1251

19-31 Okt 2020
16 Nov 2020
25 Nov 2020

16 Nov-16 Jan 2021
6 Jan 2021
7 Jan 2021
7Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
-Kerja Kursus
– Ujian Lisan
– Ujian Bertulis

1 Mac-30 Jun 2020
13-26 Jul 2020
21-22 dan 26-28 Okt 2020

15 Jul-15 Nov 2020
16-30 Nov 2020
17-18 dan 22-25 Feb 2021
8Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)(Kohort 2020)
– Semester 2
– Semester 3

18,19,23 dan 24 Nov 2020
3-5,9 dan 10 Nov 2020

12,13,17 dan 18 Ogos 2020
1-3,8 dan 9 Mac 2021

Untuk dapatkan Takwim Peperiksaan Pindaan Kali Kedua ini versi PDF, anda boleh dapatkan di pautan KPM di sini

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here