Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan tarikh baru bagi beberapa peperiksaan di bawah kendalian KPM disebabkan krisis COVID-19 yang menyebabkan Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bermula 18 Mac 2020 yang lepas.
KPM telah mengeluarkan kenyataan media berkaitan tarikh baru bagi beberapa peperiksaan yang akan berlansung tidak lama lagi. Pindaan tarikh ini disebabkan silibus pembelajaran yang tidak sempat dihabiskan sebelum ini atau ianya berlaku selama mana berada di dalam arahan PKP ini.
Baca Juga : Biasiswa JPA 2020 Untuk Lepasan SPM
Pindaan tarikh baru ini termasuk bagi Kolej Matrikulasi, IPG, MUET dan peringkat sekolah. Bagi universiti awam lain, tunggu pengumuman daripada universiti masing-masing.
Pindaan Tarikh Baru Peperiksaan
Bil | Peperiksaan | Tarikh Asal | Pindaan Tarikh |
1 | Peperiksaan Semester Program Matrikulasi (PSPM) Kolej Matrikulasi Sesi 2019/2020 | 30 Mac – 6 April 2020 | 2 April – 4 Mei 2020 |
2 | Ujian Bertulis MUET Sesi 1/2020 | 28 Mac 2020 | 5 September 2020 |
3 | Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) | 4 Mei – 11 Mei 2020 | 3 Jun – 12 Jun 2020 |
4 | Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM) | 4 – 6 April 2020 | 27 – 30 April 2020 |
5 | Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) | 4 – 21 Mei 2020 | 3 – 18 Jun 2020 |
6 | Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) | 4 – 21 Mei 2020 | 3 – 18 Jun 2020 |
7 | Ujian Pencapaian Bahasa Antarabangsa | 22 Jun 2020 | Kekal |
8 | Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) – Lisan | 2 – 30 Jun 2020 | Kekal |
9 | Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) – Bertulis | 23 – 25 Jun 2020 | Kekal |
10 | Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) | 1, 2, 3, 7 dan 8 September 2020 | Kekal |
11 | Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) – Pentaksiran Pusat | 28 September – 6 Oktober 2020 | 28 – 29 September 2020 (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) |
12 | Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) – Bertulis | 21, 22, 26 – 28 Oktober 2020 | Kekal |
13 | Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) – Bertulis | Fasa 1: 5 – 14 Oktober 2020 Fasa 2: 2 – 19 November 2020 | 16 November – 7 Disember 2020 |
14 | Sijil Vokasional Malaysia (SVM) – Bahasa Melayu 1104 dan Sejarah 1251 | 2 – 3 November 2020 | 16 dan 25 November 2020 |
15 | Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) – Semester 2* | 6, 12, 13 dan 14 Mei 2020 | 18, 19, 23 dan 24 November 2020 |
16 | Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) – Ulangan 1 | 18, 19, 23 dan 24 November 2020 | 25, 26, 30 November dan 1 Disember 2020 |
17 | Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) – Semester 3 | 3, 4, 5, 9 dan 10 November 2020 | Kekal |
18 | Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) – Ulangan** | 25, 26, 30 November dan 1 Disember 2020 | 15 – 18 Mac 2021 |
* Peperiksaan STPM Semester 2 dianjak dari bulan Mei ke bulan November untuk memberi peluang sekolah menguruskan sukatan semester 2 yang tertinggal
** Peperiksaan STPM Ulangan Semester 2 dianjak ke bulan Mac 2021
Sebarang pindaan jadual akan dimaklumkan oleh KPM. Untuk dapatkan edaran asal, boleh dapatkan disini
Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Panggilan COVID-19 KPM di talian 03-8884 9383/ 03-8884 9325/ 03-8884 9401 dan 03-8888 6749
[…] Baca Juga : Pindaan Tarikh Baru Bagi Peperiksaan Di Bawah Kendalian KPM […]