advertisement

Hari ini Perdana Menteri mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di enam buah negara bermula rabu ini, 13 Januari hingga 26 Januari 2021.

Pengumuman ini dibuat dalam perutusan Khas Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi. Keputusan ini berikutan peningkatan kes jangkitan COVID-19 diseluruh negara.

BACA : Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Dilakukan Secara Online Sehingga 31 Disember 2020 – KPT

PKP Di 6 Buah Negeri

Walaubagaimanapaun, arahan PKP hanya untuk 6 negeri sahaja – Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan), Johor, Sabah dan Melaka

Sementara itu, Kedah, Perak Negeri Sembulan, Kelantan, Terengganu dan Pahang hanya berada di bawah arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Manakala PKPP hanya di Sarawak dan Perlis.

Bagi sektor ekonomi, Kerajaan menerusi persetujuan MKN telah menetapkan hanya 5 sektor yang dibenarkan beroperasi yang merupakan dalam kategori sektor ekonomi perlu (Essential economic sector) iaitu pengilagan & pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan & pengedaran dan perladangan & komoditi.

Segala aktiviti sosial adalah tidak dibenarkan di negeri PKP seperti kenduri kahwin, persidangan, perarakan keagamaan termasuk Thaipusam, sukan berkumpulan dan sebagainya.

Kebenaran Rentas Daerah Dan Negeri

Sepanjang tempoh PKP, PKPB dan PKPP, pergerakan rentas negeri adalah tidak dibenarkan. Manakala bagi negeri PKPB dan PKPP dibenarkan untuk rentas daerah sahaja.

Justeru itu, operasi sekatan jalan raya (SJR) akan mula berkuatkuasa pada jam 12.01 tengah malam, Rabu, 13 Januari 2021. Bagi negeri yang dilaksanakan PKP, pergerakan adalah terhad di dalam 10 kilometer radius sahaja.

Bagi tujuan membeli barangan keperluan dari pasar raya atau kedai runcit yang berdekatan, HANYA DUA (2) anggota isi rumah yang dibenarkan untuk keluar dan berada di dalam kenderaan yang sama.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here