advertisement

Program pengajian tidak releven digugur. Itulah berita yang kita dengar dan baca di seluruh media sosial hatta di arus perdana seperti di surat khabar. Adakah perkara ini akan berlaku? Adakah pihak KPM dan JPT telah mengeluarkan kata putus?

Melalui keratan akhbar hari ini, sebanyak 38 program akademik di 19 Universiti Awam (UA) seluruh negara digugurkan kerana dilihat tidak lagi releven dengan perkembangan semasa dan masa depan.

Antara sebab musabab atas berlakunya perkara ini adalah, melalui program akademik tersebut, iainya tidak menjanjikan peluang pekerjaan terbaik kepada graduan sejajar permintaan semasa industri.

Daripada jumlah universiti awam yang terlibat iaitu sebanyak 19 buah, setiap daripadanya mengugurkan sekurang-kurangnya 2 kursus pengajian dan mungkin akan ada lagi program digugurkan atau diselaraskan semula.

program pengajian tidak releven digugur

Selari dengan Revolusi Industri 4.0, pihak Universiti mestilah menyediakan platfom terbaik bagi pelajar mereka supaya program mereka selari dengan keperluan industri.

Tetapi semua ini masih diperingkat awal, mungkin selepas ini perlukan lagi maklumat terperinci bagi meneruskan perkara ini supaya ianya memberi kebaikkan kepada semua pihak.

Baca Juga : UniSZA Dan UMT Akan Digabungkan?

Jadi jom kita lihat senarai Program Pengajian Tidak Releven Digugur bagi setiap Universiti Awam yang terlibat.

program pengajian tidak releven digugur

Senarai Program Pengajian Tidak Releven Digugur Di Universiti Awam

UniversitiProgram Pengajian
Universiti Malaya (UM) – Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanik (Reka Bentuk Produk)
– Sarjana Muda Kejuruteraan Awam (Alam Sekitar)
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) – Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian (Kejuruteraan Awam dan Sekitaran)
– Sarjana Muda Kejuruteraan dengan Kepujian (Kejuruteraan Pembuatan)
Universiti Sain Malaysia (USM) – Sarjana Muda Sains (Perumahan, Bangunan dan Perancangan)(Kepujian) (Perancangan Bandar dan Wilayah)
– Sarjana Muda Sains (Perumahan, Bangunan dan Perancangan)(Kepujian) (Rekabentuk Dalaman)
Universiti Teknolog Malaysia (UTM) – Kejuruteraan (Elektronik – Telekomunikasi)
– Sains Komputer (Komputeraan Industri)
Universiti Putra Malaysia (UPM) – Sarjana Pendidikan (Pendidikan Sekolah Rendah) dengan Kepujian
– Sarjana Pengurusan Air
Universiti Teknolog MARA (UiTM) – Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)
– Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Kepujian) Skrin
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)– Sarjana Muda Pendidikan (Pengurusan Pendidikan) Kepujian
– Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam-Sekolah Rendah) Kepujian
Universiti Utara Malaysi (UUM) – Sarjana Sains (Perbankan Islam)
– Sarjana Sains (Teknokeusahawanan)
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) – Sarjana Sains (Kimia)
– Sarjana Sains (Matematik
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) – Sarjana Muda Pendidikan (Sekolah Rendah) dengan Kepujian
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)– Sarjana Muda Sains Sukan (Psikologi Sukan) dengan Kepujian
– Sarjana Muda Pendidikan (Keusahawanan & Perdagangan) dengan Kepujian
Universiti Malaysia Kelantan (UMK) – Sarjana Muda Siberlogi (Animasi dan Lodologi) dengan Kepujian
– Sarjana Muda Teknologi Kreatif (Rekabentuk Komunikasi) dengan Kepujian
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) – Sarjana Sains (Falsafah dan Ketamadunan)
– Sarjana Sains Kaunseling
Universiti Malaysia Pahang (UMP) – Sarjana Kejuruteraan (Bio-Proses)
– Sarjana kejuruteraan (Kimia)
Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) – Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Fotonik)
– Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) (Kejuruteraan Rangkaian Komputer)
Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM)– Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Elektronik Kuasa & Pemacu) dengan Kepujian
– Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kuasa Industri) dengan Kepujian
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) – Sarjana Muda Teknologi Kejuteraan Mekanikal
– Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi dan Komputer) dengan Kepujian
Universiti Malaysia Sabah (UMS) – Sarjana Ekonomi (Ekonomi Kewangan)
– Sarjana Eknomoi (Ekonomi Perancangan dan Pembangunan)
Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) – Sarjana Muda Ekonomi dengan Kepujian (Ekonomi Industri)
– Sarjana Muda kejuruteraan (Kepujian) Elektronik (Telekomunikasi)

sumber : bharian

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here