Berita baik kepada pelajar yang ingin melanjutkan pengajian di IPT melalui proses UPUOnline. Kementeria Pengajian Tinggi (KPT) hari ini memaklumkan, pemohon tidak perlu bayar bagi proses UPUOnline bagi sesi akademik 2020/2021.

Melalui kenyataan media yang dikeluarkan, KPT telah bersetuju untuk menanggung sepenuhnya bayaran proses UPUOnline/Unik ID kepada semua pemohon bagi sesi akademik kali ini.

BACA : Permohonan UPUOnline Sesi Akademik 2021/2022 Kini Dibuka

Untuk makluman, bayaran proses UPUOnline sebelum-sebelum ini dikenakan kepada pemohonan untuk mendapatkan No. Unik ID Simpana Nasional (BSN) sebanyak RM15.60. Ini merupakan syarat untuk mengisi borang permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Keputusan ini dibuat pastinya bagi meringankan beban para pelajar dan ingin melancarkan urusan mereka untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang lebih tinggi

Pemohon Tidak Perlu Bayar Untuk Proses UPUOnline

Dengan pengecualian ini, permohonan kemasukan ke IPTA dan ILKA bagi sesi akademik 2021/2022 boleh dibuat terus oleh pemohon di laman sesawang UPU atau klik pautan dibawah

Untuk tarikh lengkap permohonan bagi kategori lepasan SPM, STPM, Asasi, STAM, Matrikulasi, Diploma atau Setaraf boleh tengok seperti jadual dibawah. Tempoh pilihan program pengajian adalah berbeza bagi setiap kategori

upuonline 2021-2022
AD

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here