advertisement

Awal tahun ini pelajar dari fakulti asasi seni kreatif aswara telah dikejutkan dengan berita bahawa kerajaan telah mengumumkan fasa pertama perintah kawalan pergerakan (PKP) di mana setiap sektor telah ditangguhkan operasi buat seketika akibat pandemik covid-19 yang kian menular. Ini juga telah mempengaruhi acara yang bakal dikerjakan oleh pelajar tersebut. Namun ianya tidak dapat mematahkan semangat pelajar tersebut untuk melancarkan acara mereka melalui platform atas talian.

Tentang Acara Ini

Pada 14, 15 dan 18 ogos, 2020, malaysia. Fakulti asasi seni kreatif aswara akan melancarkan sebuah acara iaitu ‘prosamania log-in’.

Prosamania log in adalah acara yang mempersembahkan bakat pelajar asasi seni kreatif dari pelbagai fakulti di aswara seperti filem, animasi, teater, muzik, reka bentuk seni visual, penulisan, dan tarian.

prosamania log in

Ini adalah platform di mana pelajar kami dapat menunjukkan apa yang mereka belajar daripada pengajian semester mereka sebelum ini. Keunikannya di sini, adalah ini merupakan kali pertama pelajar membuat persembahan di internet tanpa memerlukan anda untuk datang ke lokasi persembahan.

Beberapa minggu sebelum prosamania log in dipersembahkan , kami sudah mula membuat siri langkah pertama kami untuk prosa dengan menciptakan siri prosamania in-depth, di mana pelajar kami dapat berbicara dengan penonton dan menceritakan pengalaman mereka mengikut bidang masing-masing. Sepanjang siri itu disiarkan ianya telah menunjukkan beberapa maklum balas positif dan penambahbaikan pada masa depan dan kami sangat sukakannya!

Tema penampilan: Prosamania log in terdiri daripada 2 acara berlainan iaitu penglipurlara & tasentuh

Menceritakan tentang penglipurlara

prosamania log in

Episod 1 & 2 – 14 ogos, episod akhir – 18 ogos

Logline:

Cerita ini mengisahkan tujuh orang sahabat, iaitu maya, yakob, fatimah, mikael, tariq, natalia dan lisa. Pelbagai ragam dan karenah mereka tetapi mereka langsung tidak lari dari sikap moden atau keterbiasaan metropolitan dan pengaruh barat daripada mereka amat kuat.

Sinopsis:

Yakob dan fatimah atau lebih dikenali sebagai jacob dan fatty adalah satu pasangan yang hangat dalam kumpulan itu. Satu malam, fatty dan jacob sedang video call bersama, dating di atas talian. Setelah beberapa minit, rakan – rakan kepada pasangan merpati ini turut masuk ke dalam video call tersebut. Keadaan jadi agak kekok tetapi itu hanya seketika. Mereka teruskan aktiviti video call itu dengan bermain satu permainan iaitu “truth or dare”

Selepas beberapa orang sudah lepas dari giliran, tiba masanya fatty untuk memilih. Soalan yang diterima membuatkan fatty dan jacob berasa kurang selesa malah menghina soalan yang mereka terima. Entah bagaimana, sesuatu yang aneh berlaku, dua orang yang tidak dikenali masuk ke dalam video call mereka. “penglipur semakin melara, tiada petualang kerana matiku mustahil!” – adiwarna arjuna & ratna sari sukma mengucapkan berulang kali. Perkara yang pelik berlaku apabila dua gerangan ini masuk ke dalam video call tersebut. Pastinya mereka berdua bukan dari era ini malah bukan juga era nenek – nenek tujuh sekawan itu tetapi barangkali ianya salah satu perangkap baharu kerana tiada sesiapa mengetahui identiti pasangan misteri tersebut, mungkin manusia dan mungkin tidak. Kedatangan penglipurlara itu membawa satu hajat yang besar. Permainan teka – teki yang dipintanya bermula dengan pelbagai persoalan yang ada kepada tujuh sekawan itu. Perasaan yang dirasai mereka seolah melihat hantu di depan mata. Adakah hantu atau hanya manusia biasa?

Kehadiran dua penglipurlara ini pastinya bukan hanya untuk bermain teka – teki, seyogia mempunyai agenda mereka sendiri. Ikatan tali persahabatan yang dicipta oleh tujuh sekawan ini kian tersimpul mati sehingga membawa ke arah yang lebih dahsyat. Yang pasti, pengakhirannya pasti akan dihabiskan, akibat daripada kata – kata yang telah menusuk ke dalam jiwa sang pencipta yang telah melakar sejarah dunia. Penglipurlara bergenre thriller dan horror ini membenarkan penonton membuat spekulasi dan menjawab persoalan tersendiri

Menceritakan tentang tasentuh (seni tanpa sentuh)

prosamania log in

Episod penuh – 15 ogos

Logline:

Persembahan muzikal yang boleh dinikmati oleh semua lapisan masyarakat

Sinopsis:

Merupakan sebuah persembahan muzikal dan satu inisiatif untuk penonton melihat persembahan bakat pelajar asasi seni kreatif aswara. Di dalam keadaan orang masih lagi takut untuk berkumpul dalam jumlah yang besar demi berhibur dan mencari hiburan, kami membawakan hiburan kepada anda tanpa perlu keluar rumah dan hanya menghadirkan diri secara virtual.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here