advertisement

Semua sekolah dan institusi pendidikan di 7 daerah yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Kelantan diarahkan tutup selama 7 hari sehingga 24 April.

Keputusan ini diumumkan melalui surat pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan selepas Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Khas Negeri Kelantan diadakan pada petang 17 April 2021 yang lalu.

Penutupan Sekolah Dalam Kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Di Negeri Kelantan

Melalui keputusan tersebut, semua sekolah dan institusi pendidikan bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di 7 jajahan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditutup bagi tempoh 7 hari mulai 18 hingga 24 April 2021.

Selain itu, semua murid yang tinggal di asrama perlu kekal berada di asrama selama tempoh penutupan ini berlangsung.

Penutupan ini juga melibatkan tadika termasuk tadika swasta yang berdaftar dengan KPM seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian

BACA : Taska, Sekolah Dan Universiti Ditutup Untuk Melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan

Justeru itu, bagi sekolah yang ditutup perlu melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) berdasarkan kesesuaian dan keupayaan akses kepada murid sepanjang tempoh penutupan sekolah.

Rabu lalu, Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan 7 daerah di dikenakan PKP bermula 16 hingga 29 April 2021 iaitu daerah Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here