advertisement

Kini anda boleh semak keputusan UPSR bagi tahun 2019 bermula 21 November 2019 bersamaa dengan hari khamis. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mengeluarkan pemberitahuan berkaitan semakan keputusan UPSR pada awal November yang lepas.

Kepada pihak murid sekolah, guru-guru dan ibubapa yang terlibat dengan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2019, anda boleh membuat semakan kelak dengan beberapa cara. Ini juga telah diberitahu oleh pihak KPM sendiri.

keputusan upsr

Selain daripada UPSR, anda juga boleh semak keputusan Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) juga bagi tahun 2019.

Semak Keputusan UPSR Dan PASR 2019

Murid-murid boleh ketahui cara semak keputusan UPSR dan PASR 2019 sama ada dapatkan keputusan penuh di sekolah sendiri ataupun melalui khidmat pesanan ringkas (SMS)

Baca Juga : Takwim Peperiksaan 2019 UPSR PT3 SPM SPMU PAV STAM

Sekolah Masing-Masing

Murid-murid boleh dapatkan keputusan UPSR dan PASR 2019 bermula pukul 10.00 pagi di sekolah masing-masing.

Melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)

Jika ibubapa tidak sempat untuk datang ke sekolah, mereka juga boleh semak keputusan UPSR melalui SMS dengan cara taip :

UPSR<jarak>AngkaGiliran & SMS ke 15888
contoh Mesej penghantaran: UPSR AZ1211221 atau

PASR<jarak>AngkaGiliran & SMS ke 15888
contoh Mesej penghantaran: PASR AZ1211221

  • Pastikan no angka giliran sama seperti yang didaftarkan pada peperiksaan sebelum ini
  • Mungkin penerimaan jawapan sedikit lambat kerana atas trafik yang sibuk ketika itu.

Selamat Berjaya kepada semua calon peperiksaan UPSR 2019 dan calon PASR 2019. Semoga adik-adik mendapat keputusan yang cemerlang dan dapat membanggakan ibubapa. Admin pendidikan4all mendoakan kejayaan semuanya peroleh markah yang cemerlang.

advertisement

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here