Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan tarikh semakan kemasukan ke tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) di laman facebook mereka baru-baru ini. Jadi kepada pelajar yang telah memohon, sila cakna akan hal ini.
Baca Juga : Semakan Keputusan Ke MRSM Tingkatan 1 2020
Permohonan kemasukan ke SBP ini telah pun dibuka pada Ogos hingga September 2019 yang lepas. Ketika itu, permohonan bagi tingkatan 1 dan tingkatan 4 telah dibuat. Tetapi untuk kali ini, hanya semakan tingkatan 1 sahaja dibuka terlebih dahulu kerana keputusan PT3 masih lagi belum keluar ketika informasi ini ditulis.

Semakan Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Bagi Tingkatan 1
Bagi kepada mereka yang telah memohon sebelum ini bagi kemasukan Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP), anda boleh mula membuat semakan bermula 18 Disember 2019 hingga 7 Januari 2020. Untuk membuat semakan, anda boleh klik di pautan di bawah :
Jadi kepada adik-adik yang telah memohon, semoga berjaya dalam permohonan ini. Semoga juga adik-adik dapat belajar di sekolah yang lebih baik di masa akan datang.
[…] Baca Juga : Semakan Kemasukan Ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Tahun 2020 […]
[…] bermula bagi semua sekolah di seluruh negara termasuk tingkatan 4. Jika pada Disember yang lepas, semakan kemasukan ke tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh sudah pun dibuka, kini giliran semakan untuk kemasukan ke Tingkatan 4 pula di […]