advertisement

Tahukah anda, Tingkatan 6 ini akan ditawarkan secara automatik kepada lepasan SPM yang layak dan mencukupi dan melepasi syarat minima di sekolah bantuan penuh kerajaan. Jadi kini anda boleh buat semakan keputusan ke Tingkatan 6.

Keputusan SPM telah pun diumumkan pada bulan Mac yang lalu. Selain itu juga, permohonan UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam juga telah tutup pada awal April yang lepas. Jadi bagi lepasan SPM juga, pada April ini akan mengetahui keputusan bagi Tawan Tingkatan 6 atau Form 6 bagi semester 1 sesi 2019/2020.

BACA : Semakan Keputusan Kemasukan Ke Tingkatan Enam Semester 1 Bagi Tahun 2020

Tarikh Semakan Keputusan Tawaran Kemasukan Tingkatan 6

Jadi kepada yang layak dan ingin memasuki Tingkatan Enam, anda boleh mula semak tawaran bermula pada 16 April 2019 hingga 17 Mei 2019

Cara Buat Semakan

Anda boleh buat semakan melalui 2 cara iaitu melalui dalam talian dan khidmat pesanan ringkas (SMS). Caranya:

  1. Anda boleh lawati laman web rasmi KPM di www.sst6.moe.gov.my
  2. Melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan cara:  
    MOE<jarak>T6<jarak>ANGKAGILIRANSPM & SMS ke 15888 atau   MOE<jarak>T6<jarak>No.KADPENGENALAN & SMS ke 15888

Syarat Kemasukan

  1. Syarat umum bagi kemasukan ke Tingkatan Enam ialah lulus SPM dengan mendapat kepujian bagi mata pelajaran Bahasa Malaysia.  
  2. Bagi melayakkan murid ke aliran Sains Sosial, jumlah mata unit bagi tiga mata pelajaran yang terbaik mestilah tidak melebihi 12, aliran Sains tidak melebihi 18 mata unit, manakala bagi aliran Agama tidak melebihi 14.
  3. Semua tawaran kemasukan dibuat secara atas talian dan  calon-calon yang tidak mendapat tawaran boleh membuat rayuan di Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing.

Tempoh Pengajian

Tempoh pengajian di Tingkatan 6 adalah selama 1 setengah tahun:

Penggal/Semester 1 : Mei hingga November, 26 minggu, termasuk :  
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja) Peperiksaan Penggal 1 (P1)

Penggal/Semester 2: Januari hingga Mei, 20 minggu termasuk :
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja) Peperiksaan Penggal 2 (P2)

Penggal/Semester 3: Mei hingga November, 26 minggu termasuk :
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Kerja Kursus (mata pelajaran berkenaan sahaja) Peperiksaan Penggal 3 (P3), peperiksaan Ulang 1 (U1) dan peperiksaan Ulang 2 (U2)

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here