advertisement

Selepas tarikh tutup permohonan UPUOnline 2 April 2019 yang lepas, kini masanya lepasan SPM, STPM/Setaraf menunggu jawapan bagi mengetahui kursus mana yang diperoleh hasil daripada pendaftaran yang dibuat sebelum ini.

Sebahagian daripada kursus yang ditawarkan, sebenarnya bukan sahaja dipilih melalui merit keputusan SPM semata-mata tetapi ada sebahagiannya kene melalui sesi temu duga bagi mengikuti kursus tersebut. Institut seperti UiTM, UPNM, UPSI dan perlbagai lagi yang mempunyai sesi temu duga bagi mengikuti kursus yang disediakan.

Oleh itu, kini pihak Kementerian telah mengeluarkan tarikh semakan di mana, pemohon UPUOnline lepasan SPM boleh buat semakan bagi panggilan temu duga bagi sesi akademik 2019/2020

Tarikh Semakan Panggilan Temuduga

Pemohon boleh membuat semakan jika anda terlibat dengan panggilan temu duga mulai jam 12.00 tengah hari iaitu pada 12 April 2019 di beberapa pautan di bawah:

ILJTMhttp://www.jtm.gov.my/semakantemudga
UiTMhttp://www.online.uitm.edu.my/
UUMhttp://www.uum.edu.my/kemasukan
UPNMhttp://www.upnm.edu.my/kemasukan/temuduga
UPSIhttp://www.upsi.edu.my/kemasukan/temuduga/
Politeknik http://ambilan.mypolycc.edu.my
temuduga permohonan upuonline
poster lebih info

Kepada pemohon yang berjaya dan akan mengikuti sesi temu duga ini, semoga berjaya diucapkan. Buat yang terbaik ketika sesi tersebut supaya kursus yang dimohon dapat dipelajari kelak. All The Best!

Sebarang Pertanyaan:
Portal : http://upu.moe.gov.my/web
Hotline : 03-8870 8200

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here