advertisement

Kementerian Pengajian Tinggi telah mengeluarkan kenyataan media memberitahu semester pertama bagi sesi 2020/2020 dijangka bermula pada pertengahan Oktober 2020.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah pun dilanjutkan sehingga 28 April 2020. Dalam masa yang sama kesemua perkara berkaitan pengajaran dan pembelajaran (P&P) diberhentikan di semua pusat pengajian termasuklah Universiti Awam (UA).

Baca Juga : Pindaan Tarikh Baru Bagi Peperiksaan Di Bawah Kendalian KPM

KPT sebelum ini memberitahu dan menyarankan agar semua Universiti Awam menyambung semester kedua sesi 2019/2020 seawal 27 April 2020 dan selewat-lewatnya pada 1 Jun 2020.

Jadi bagaimana pula dengan semester baharu untuk sesi 2020/2021 kelak?

Tarikh Semester Pertama Sesi 2020/2021 Dilanjutkan

semester pertama
sumber : twitter UMP

Kebiasaanya semester pertama bagi setiap sesi di Universiti Awam akan bermula pada September. Jadi bulan tersebut, ambilan pelajar baharu akan berlangsung termasuklah semester baharu bagi pelajar kanan.

Setelah perbincangan secara terperinci diadakan bersama wakil daripada semua UA dan IPTS, KPT mengumumkan Semester Pertama, Sesi 2020/2021 dijangka bermula pada pertengahan Oktober 2020.

Segala keputusan yang dibuat ini adalah berdasarkan kepada keputusan terkini Kerajaan mengenai PKP. Jika terdapat sebarang perubahan berkaitan PKP ini, mungkin ada pindaan lain akan dibuat.

Untuk baca kenyataan media penuh, anda boleh baca disini

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here