advertisement

Selepas pengumuman hari yang lepas, hari ini pihak KPM keluarkan lagi keputusan dimana semua murid tidak perlu untuk pulang ke sekolah KECUALI kepada murid yang bakal menghadapi peperiksaan sahaja.

Jika sebelum ini, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan negeri dikawasan PKP akan terus mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara online di rumah. Manakala murid dikawasan PKPB dan PKPP akan kembali ke sekolah seperti biasa mengikut takwim yang ditetapkan.

BACA : Sesi Persekolahan Sepanjang PKP, PKPB dan PKPP 2021

Dan semua murid yang menghadapai peperiksaan besar sahaja dibenarkan untuk kembali ke sekolah bagi kesemua kawasan PKP, PKPB dan PKPP.

Keputusan ini dibuat berikutan peningkatan kes pada 16 Januari dan trend jangkitan COVID-19 semakin meningkat.

Tidak Melibatkan Semua Murid

Walaubagaimanapun, melalui pengumuman terbaru daripada pihak KPM selepas mengadakan perbincangan dengan KKM dan MKN memutuskan sesi persekolahan secara bersemuka yang bermula 20 Januari 2021 bagi seluruh negara hanya melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan sahaja iaitu:

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)
  • Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020; dan
  • Peperiksaan Antarabangsa yang setara

BACA : Calon Peperiksaan Dibenarkan Hadir Ke Sekolah Semasa PKP

Murid Lain?

Manakala bagi semua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 (sesi 2021) di sekolah menengah akan terus melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di rumah (PdPR) mulai 20 Januari 2021 ini.

Murid Sudah Pulang Ke Asrama?

Bagi murid yang sudah mendaftar masuk ke asrama, KPM telah membuat keputusan berikut:

Sekolah Berasrama Penuh

Murid Tingkatan 4 dan 5

  • Boleh kekal di asrama dan mengikuti PdP secara online di sekolah
  • Boleh pulang semua ke rumah. Ibu bapa dibenarkan untuk mengambil anak semula

Murid Tingkatan 5 (2020) dan Tingkatan 6

  • Mengikuti PdP secara bersemuka di sekolah

Asrama Sekolah Harian

Murid Tingkatan 1, 4 dan 5

  • Boleh kekal di asrama dan mengikuti PdP secara online di sekolah
  • Boleh pulang semua ke rumah. Ibu bapa dibenarkan untuk mengambil anak semula

Murid Tingkatan 5 (2020) dan Tingkatan 6

  • Mengikuti PdP secara bersemuka di sekolah

Kesemua keperluan makan dan minum murid di asrama akan disediakan oleh pihak sekolah.

Penglibatan Guru

Justeru itu, semua guru hendaklah kembali ke stesen tempat bertugas masing-masing sebelum 20 Januari 2021. Guru yang terlibat dengan kelas peperiksaan tahun 2021 perlu hadir bagi tujuan PdP secara bersemuka. Guru lain hadir berdasarkan keperluan.

Kolej Matrikulasi

Semua pelajar Kolej Matrikulasi perlu kekal di kolej masing-masing untuk terus mengikuti pembelajaran secara hibrid

Institusi Pendidikan Guru (IPG)

PdP untuk semua pelajar IPG akan dilaksanakan secara online mulai 17 Januari 2021. Pelajar yang sudah berada di asrama perlu kekal manakala yang belum daftar boleh memilih untuk masuk atau kekal di rumah.

Tadika Swasta

Tadika Swasta yang berdaftar dengan KPM boleh terus beroperasi secara bersemuka.

KPM menyarankan agar semua ketetapan ini juga turut diikuti oleh sekolah-sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM, termasuk sekolah di bawah Kerajaan Negeri

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here