advertisement

Selepas ini, semua permohonan lepasan SPM berada di bawah satu bumbung yang sama iaitu melalui UPUOnline. Jadi permohonan apa yang terlibat?

Jika tahun-tahun sebelum ini, lepasan SPM menggunakan platform UPUOnline dengan memohon kemasukan ke Universiti Awam semata. Jika anda nak masuk UM, UKM, UMP sebagai contoh, anda kene mohon melalui UPUOnline.

Baca Juga : Kemaskini Permohonan UPUOnline Bagi Peringkat Pengajian Ijazah Sarjana Muda Fasa 2 Sesi Akademik 2019/2020.

Jadi selepas ini akan ditambah lagi fungsi UPUOnline ini, bukan sahaja anda boleh memohon kemasukan Universiti Awam tetapi akan ada lagi 2 permohonan yang anda boleh buat.

Semua Hanya Menggunakan UPUOnline

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan kenyataan di mana bermula sesi 2020/2021 selain permohonan kemasukan Universiti Awam, dengan UPUOnline juga anda boleh memohon Kolej Matrikulasi dan juga kemasukan Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

Jadi pada tahun 2020, anda hanya menggunakan platform UPUOnline anda boleh mohon :

  • Universiti Awam
  • Kolej Matrikulasi
  • Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM)

Dengan pengumuman yang dibuat oleh pihak UPUOnline sebelum ini, anda sudah boleh mula mendaftar UPUOnline bagi sesi 2020/2021 sekarang di pautan di bawah

Buat masa ini, hanya pendaftaran sahaja dibuka seperti mengisi maklumat individu dan semak program yang ditawarkan. Tiada lagi permohonan dibuka.

upuonline

advertisement

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here