advertisement

Berikutan PKPB yang diarahkan bagi hampir seluruh negeri di Malaysia, semua sekolah ditutup bermula 9 November sehingga 18 Disember 2020. Pengumuman ini dibuat sebentar tadi dalam sidang media oleh Menteri Kanan (Pendidikan), Dr. Mohd Radzi Md Jidin.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Keselamatan) dengan atas nasihat KKM telah mengumumkan dimana bermula 9 November ini semua negeri di semenanjung kecuali Pahang, Kelantan dan Perlis akan diarahkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) selama 4 minggu.

Oleh itu, mengikut SOP yang dikeluarkan oleh MKN, bagi setiap kawasan yang berada di dalam PKPB, semua sekolah dan institusi pendidikan akan ditutup.

Semua Sekolah Ditutup Bermula 9 November 2020

Jadi sepanjang PKPB ini, negeri PKPB semua sekolah akan ditutup. Tetapi dalam sidang media KPM tersebut, Menteri telah mengumumkan dan menyelaras iaitu bagi menutup semua sekolah di seluruh Malaysia sepanjang tempoh PKPB ini iaitu bermula 9 November 2020.

Katanya lagi, langkah ini diambil bagi membantu kerajaan memutuskan rantaian dan jangkitan COVID-19 di negeri ini.

Penutup sekolah ini bukan bermakna cuti sekolah tetapi sesi pembelajaran tetap diteruskan dirumah mengikut kesesuaian guru dan murid.

MANUAL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here