PAK21 atau Pembelajaran Abad Ke-21 merupakan salah satu proses pembelajaran yang dikhaskan dan berpusatkan kepada murid. Pada 2014 ianya diperkenalkan dengan menerapkan beberapa elemen penting seperti komunikias, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Ini merupakan standard asas dalam PAK21.
Jadi pada 4 April 2019 telah berlangsung acara Malam Anugerah Adiwira PAK21 bagi menghargai setiap jasa guru yang menerapkan proses pembelajaran PAK21 ini disekolah mereka. Acara tersebut telah di adakan di The Chamber Ballrom, Dashbox, Cyberjaya. Pada malam itu juga, disiarkan secara langsung menerusi Facebook Live di Facebook Rasmi PADUÂ yang menerima hit sehingga 24 ribu viewers. Tahniah!
Acara tersebut telah dihadiri oleh Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik sekali gus menjadi penyampai hadiah kepada kesemua yang menerima anugerah. Kempen penamanaa calon bagi penerima anugerah ini telah bermula pada 20 Disember 2018 sehingga 31 Januari 2019 dan telah menerima lebih 1000 penyertaan daripada seluruh guru yang berdaftar di bawah KPM sebelum 10 finalis dipilih bagi anugerah malam tersebut
Isi kandungan
Jom kita lihat siapakan 3 pemenang yang menerima Anugerah Guru Adiwira PAK21
Tempat Pertama
Cikgu Muhammad Nazmi Rosli telah dinobatkan pemenang pertama yang merupakan Guru Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan Long Sukang, Lawas, Sarawak. Pemenang sekali gus membawa pulang wang tunai RM2000 dan seunit telefon pintar dan trofi.

Tempat Kedua
Dimenangi oleh Cikgu Norhailmi Abdul Mutalib yang merupakan Guru Sains di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerlun, Kedah sekali gus membawa pulang wang tunai RM1500 dan seunit telefon pintar dan trofi

Tempat Ketiga
Tempat ketiga dimenangi oleh Cikgu Emira Nabila Ramli yang mengajar Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Gudang, Johor dan membawa pulang RM1000 dan sebuah telefon pintar beserta trofi

Tahniah kepada semua calon anugerah dan juga 3 pemenang Anugerah Guru Adiwira PAK21. Moga ini menjadi perangsang semangat kepada semua guru-guru dan golongan pendidik menerapkan proses PAK21 di sekolah masing-masing yang pastinya memberi kebaikkan kepada pelajar khususnya. Teruskan mendidik wahai Para Cikgu!
sumber: PADU (Unit Perlaksanaan dan Prestasi Pendidikan)