advertisement

Sebentar tadi, Menteri Pendidikan, Dr Radzi Jidin mengumumkan dimana 10 hari selepas cuti raya Aidilfitri akan dilaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Melalui kenyataan yang dikeluarkan beliau, sesi PdPR dilakukan bagi menggantikan sesi PdP seperti biasa disekolah kerana adalah bagi mengurangkan risiko jangkiran dan penularan COVID-19 yang semakin tinggi terutamanya melibatkan sekolah.

Cuti Peristiwa Atau Cuti Ganti Sempena PdPR Selepas Aidilfitri

Mengikut takwim, cuti untuk Hari Raya Aidilfitri akan bermula pada selasa, 11 Mei 2021. Oleh itu, KPM telah membuat ketetapan bahawa sekolah bagi kumpulan A akan mengambil cuti peristiwa atau cuti ganti pada 9 & 10 Mei 2021 manakala sekolah dalam kumpulan B akan mengambil cuti tersebut pada 10 Mei 2021 sahaja.

pdpr

Oleh itu, sekolah kumpulan A akan bercuti mulai 7 Mei hingga 15 Mei 2021 manakala kumpulan B pada 8 Mei hingga 16 Mei 2021.

Kemudian, KPM megambil pendekatan untuk melaksanakan PdPR selama 2 minggu (10 hari) selepas cuti perayaan.

  • Kumpulan A (16 – 27 Mei 2021)
  • Kumpulan B (17 – 28 Mei 2021)

Sesi PdPR adalan dilaksanakan mengikut kesesuai guru dan murid untuk tempoh 2 minggu tersebut.

Untuk cuti penggal pula akan bermula 28 hingga 12 Jun 2021 bagi sekolah dalam kumpulan A manakala 29 hingga 13 Jun 2021 bagi sekolah dalam kumpulan B

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here