advertisement

Hari ini Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak mengumumkan penangguhan sesi persekolahan dengan melibatkan 9 daerah di Sarawak berkuatkuasa 1 Mac hingga 14 Mac 2021.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dengan nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS) dan telah berbincang dengan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memutuskan supaya pembukaan sesi persekolahan ditangguhkan selama 2 minggu.

Daerah Yang Terlibat

Antara daerah yang terlibat di Sarawak adalah di daerah Kuching, Samarahan, Julau, Meradon, Sibu, Kapit, Bintulu, Subis dan Miri, iaitu bermula 1 hingga 14 Mac 2021 (2 minggu). Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira kapasiti sistem kesihatan di kawasan yang terlibat.

Sepatutnya, sesi persekolahan bagi seluruh Malaysia akan bermula pada 1 Mac ini terutamanya bagi prasekolah, sekolah rendah dan sekolah menengah.

sesi persekolahan
advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here