advertisement

Kementerian Pendidikan Malaysian (KPM) telah kongsikan pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM termasuk sesi persekolahan bagi kawasan PKP, PKPB dan PKPP untuk tahun 2021.

Keputusan dibuat berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) disesuatu kawasan.

Kesemua pelaksanaan ini akan bermula selama 14 hari bermula 13 Januari hingga 26 Januari 2021.

Pelaksanaan Bagi PKP, PKPB dan PKPP 2021

Kawasan PKP

Sesi Persekolahan

Bagi sekolah di kawasan PKP, sesi persekolahan secara bersemuka hanya melibatkan murid yang akan menduduki peperiksaan tahun 2021 dan 2021:

  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  • Sijil Vokasional Malaysia (SVM)
  • Sijil Kemahiran Malaysia (SKM)
  • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan
  • Diploma Vokasional Malaysia (DVM)
  • Peperiksaan Antarabangsa yang setara

Oleh itu, murid yang bakal menduduki peperiksaan ini di asrama penuh dan asrama sekolah harian, mereka dibenarkan pulang ke asrama mulai 16 Januari 2021. AKan disediakan surat kebenaran bagi merentas negeri dan daerah.

Selain daripada pelajar yang disenaraikan diatas iaitu semua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 di sekolah di kawasan PKP akan mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran di rumah mula 20 Januari 2021.

Ketetapan ini juga terpakai kepada murid semester 2 SVM dan semester 2 DVM tahun 2021 di Kolej Vokasional.

Bagi Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) ke Tingkatan 1, calon berdaftar yang masih belum menduduki pentaksiran ini akan mengikuti pentaksiran di antara 20 hingga 29 Januari 2021.

Sementara itu, bagi kemasukan ke Tingkatan 4, pentaksiran akan diadakan di antara 15 hingga 25 Februari 2021. Surat kebenaran kas rentas negeri atau daerah akan dikeluarkan.

Pelajar Kolej Matrikulasi

Pelajar Kolej Matrikulasi di kawasan PKP yang telah berada di kolej perlu kekal di kolej masing-masing untuk terus mengikuti pembelarajan secara hibrid.

Pelajar IPG

Bagi pelajar Institusi Pendidikan Guru (IPG) dikawasan PKP, pengajaran dan pembelajaran bagi semua program pengajian akan dilaksanakan secara dalam talian mulai 17 Januari 2021

Tadika

Semua Tadika swasta yang berdaftar dengan KPM boleh terus beroperasi secara bersemuka

Kawasan PKPB dan PKPP

Bagi kawasan PKPB dan PKPP, pengoperasian institusi pendidikan bawah KPM dan semua kategori Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang berdaftar dengan KPM termasuk sekolah antarabangsa adalah berdasarkan takwim institusi masing-masing.

Sekolah seperti biasa yaa…

KPM menyarankan agar semua ketetapan ini turut diikuti oleh sekolah-sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM, termasuk sekolah dibawah Kerajaan Negeri.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here