advertisement

Berita baik kepada anak Johor, anda boleh mula mohon sekarang Skim Bantuan Zakat bagi Pendaftaran IPT (Dalam Negara) untuk tahun 2020.

Pada Oktober 2020 ini, sesi kemasukan bagi pelajar Ijazah Pertama akan bermula disamping beberapa beringkat pengajian yang sebelum ini telah bermula seperti peringkat Sijil dan Diploma bagi semester pertama.

BACA : Mohon Bantuan Awal IPT Daripada Zakat Pulau Pinang

Jadi jika anda berkelayakan, jangan lupa untuk memohon Skim Bantuan Zakat daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor ini yang sedikit sebanyak dapat membantu meringankan kos bebanan terutamanya ketika ingin memasuki ke tahun pertama pengajian. Pasti perlu duit yang banyak.

Kadar Skim Bantuan Zakat untuk Anak Johor ini adalah seperti berikut :

  • Sijil : RM300
  • Diploma : RM500
  • Ijazah : RM1000

Mohon Segera Skim Bantuan Zakat Bagi Pendaftaran IPT (Dalam Negara) Untuk Tahun 2020

skim bantuan zakat

Permohonan bagi siri 2 ini boleh dibuat bermula 1 September hingga 30 September 2020 dengan memohon secara online di website MAJI atau klik pautan dibawah

Kaedah dan Proses Permohonan :

  • Semua permohonan melalui sistem permohonan IPT Online di eMAIJ
  • Lampiran permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke MAIJ daerah. Sekiranya melebihi tarikh ditetapkan permohonan akan ditolak.
  • MAIJ daerah akan membuat tapisan mengikut syarat.

Makluman :

  • Slip sebagai rujukan permohonan perlu dilampirkan untuk proses selanjutnya di Kaunter MAIJ daerah.
  • Sila hadir ke Pejabat Majlis Agama Islam Daerah berhampiran mengikut alamat yang telah didaftarkan.

Syarat Dan Kelayakan Pelajar

  1. Warganegara Malaysia,
  2. Anak kelahiran Johor dan menetap di dalam Negeri Johor,
  3. Bermaustatin di dalam Negeri Johor sekurang-kurangnya 5 tahun,
  4. Mendapat surat tawaran Institusi Pengajian Tinggi Tempatan,
  5. Pendapatan perkapita tidak melebihi RM500 setiap tanggungan.

Peringkat pengajian :

  • Sijil semester pertama,
  • Diploma semester pertama,
  • Ijazah Sarjana Muda Semester pertama

Untuk keterangan lanjut, layari www.maji.gov.my

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here