advertisement
Untuk makluman awal, Peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia, SPM 2021 akan diadakan pada Mac 2022 berdasarkan keadaan semasa iaitu melibatkan pandemik COVID-19 di negara.
BACA : Keputusan SPM 2020 Diumumkan Pada 10 Jun Ini
Pengumuman ini dibuat oleh Dr. Mohd Radzi Bin Md Jidin, Menteri Pendidikan Malaysia di dalam sidang media khas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang berlangsung dari Putrajaya sebentar tadi.
SPM 2021
Jadi untuk calon SPM 2021, berikut merupakan tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021:
- Ujian Lisan & Amali Sains – Februari 2022
- Peperiksaan Bertulis (Termasuk SVM setara) – Bermula Mac 2022

Jadi diharapkan kepada anak-anak dan murid yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini, diharap terus membuat persiapan dan jangan tunggu sehingga saat akhir.
advertisement