advertisement

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) merupakan sejenis peperiksaan awam khusus bagi bidang agama. Jika pada aliran lain ianya sama seperti Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM).

Baca Juga : SPM Akan Bermula Pada 14 Oktober 2019

Jadi pada tahun 2019 ini, STAM akan diduduki oleh calon peperiksaan pada bulan Oktober di seluruh Malaysia.

STAM Akan Bermula Pada Oktober 2019

Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2019 akan berlangsung pada 21, 22, 23, 30 dan 31 Oktober 2019. Mengikut statistik daripada KPM, seramai 9826 calon telah mendaftarkan diri bagi menghadapi STAM 2019.

Semua calon tersebut akan menduduki peperiksaan di 234 pusat peperiksaan. Daripada beribu calon, ada 139 calon luar negara iaitu daripada Kemboja yang akan menduduki peperiksaan pada hari tersebut.

stam

Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) mengingatkan supaya kepada semua calon periksa jadual anda (lp.moe.gov.my) terlebih dahulu sebelum sampai di pusat peperiksaan.

Pastikan semua dokumen pengenalan diri dibawa ke dalam pusat peperiksaan seperti Kad Pengenalan supaya pengurusan dan pengendalian peperiksaan berjalan seperti biasa tanpa gangguan.

Kami di pendidikan4all ingin mengucapkan selamat berjaya kepada semua calon STAM dan buat yang terbaik di dalam peperiksaan.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here