advertisement

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengumumkan SUKIPT pada tahun ini akan ditangguhkan ke tahun 2021 berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang berlangsung sehingga 31 Ogos ini.

Malaysia kini sudah masuk ke peringkat pemulihan daripada pandemik COVID-19 ini apabila Kerajaan telah mengumumkan PKP Bersyarat sebelum ini sudah ditamatkan dan diganti dengan PKP Pemulihan. Berikutan itu banyak aktiviti yang dibenarkan beroperasi seperti biasa dan masih ada lagi yang tidak dibenarkan seperti pertandingan sukan.

SUKIPT Ditangguhkan

Berikutan dengan pengumuman Kerajaan tersebut, pihak KPT telah mengeluarkan arahan dimana Sukan Institusi Pengajian Tinggi (SUKIPT) akan ditangguhkan ke tahun 2021 pada tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Acara sukan tahunan peringkat Universiti tersebut sepatutnya akan berlangsung pada 14 hingga 22 Ogos 2020 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPS), Tanjung Malim. Berikutan dengan status PKPP yang tidak membenarkan apa-apa acara sukan dalam bentuk pertandingan adalah dilarang sehingga 31 Ogos 2020 ini.

Sebelum ini juga, pihak KPT ada mengumumkan dimana segala sesi pembelajaran dan pengajaran bagi peringkat IPT hanya akan dilakukan secara online dan tidak membenarkan secara bersemuka. Jadi pastinya di kampus-kampus kini masih tiada pelajar yang akan pulang. Justeru itu, apa-apa sukan pun masih tidak dapat di adakan termasuklah SUKIPT.

BACA : Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran Dilakukan Secara Online Sehingga 31 Disember 2020 – KPT

sukipt ditangguhkan
advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here