advertisement

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dimasyhurkan sebagai Canselor Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Watikah pemasyhuran dipersembahkan kepada Seri Paduka oleh YB Dr Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia pada majlis yang berlangsung di Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam, hari ini.

Seksyen 19A (2) Akta Universiti Teknologi MARA 1976 (Akta 173) memperuntukkan bahawa Canselor ialah Yang di-Pertuan Agong.

Dalam titahnya, Yang di-Pertuan Agong bertitah bahawa jika sesuatu bangsa itu ingin berubah dan mengatasi sebarang cabaran yang mendatang, maka bangsa tersebut hendaklah memiliki modal insan yang berilmu pengetahuan dan pegangan spiritual serta sahsiah yang unggul.

Rata-rata orang ramai gembira dengan latikan ini terutamanya bagi warga UiTM sendiri. Jadi Konvoksyen ke-90 UiTM yang akan datang ni nanti, warga UiTM konvo dengan Canselor baru la kan. Tahniah!

canselor uitm
cancelor uitm
advertisement

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here