advertisement

Tajaan JPA kini untuk anda. Semalam pihak Jabatan Perkhidmata Awam (JPA) telah mengumumkan ingin mempelawa pelajar lepasan SPM cemerlang untuk memohon Penajaan Bagi mengikuti Program Pengajian Peringkat Ijazah Pertama di Luar Negara.

Hari semakin hampir hingga saat detik 14 Mac 2019 di mana keputusan SPM 2018 akan diumumkan secara rasmi. Sekali gus dengan tarikh pengumuman itu, pelbagai agensi, kementerian dan syarikat swasta ingin menawarkan tajaan sambung belajar bagi pelajar SPM 2018 yang cemerlang.

Isi kandungan

Tarikh Permohonan Tajaan JPA

Program khas ini dinamakan Program Khas Jepun, Korea, Perancis Dan Jerman Tahun 2019. Calon lepasan SPM yang berminat boleh memohon secara dalam talian mulai 11 Mac 2019 sehingga 20 Mac 2019

Cara Memohon Tajaan JPA

Calon yang berminat boleh memohon di www.jpa.gov.my atau esilav2.jpa.gov.my

Bentuk Penajaan

Penajaan dalam bentuk Pinjaman Boleh Ubah (PBU) kepada pelajar lepasan SPM bagi mengikuti pengajian dalam bidang Kejuruteraan, Sains dan Teknologi (S&T) dan Sains Sosial di negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman   Pelajar akan ditaja untuk mengikuti program persediaan sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Diploma atau Ijazah Pertama di negara-negara berkenaan.

Syarat-Syarat Umum

  1. Calon adalah warganegara Malaysia
  2. Umur belum mencapai 18 tahun (19 tahun bagi pelajar peralihan) pada tahun peperiksaan SPM diduduki
  3. Mempunyai tahap kesihatan yang baik
  4. Pemohon tidak menerima bantuan kewangan / tajaan dari mana-mana agensi untuk peringkat pengajian yang sama

PERTANYAAN LANJUT :
Unit Penawaran Sebelum Perkhidmatan
Emel : penawaranlsp@jpa.gov.my

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here