advertisement

Hari ini KPM mengumumkan tambahan slot pendidikan khusus bagi calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) melalui program TV Pendidikan, DidikTV@NTV7.

Program TV Pendidikan melalui DidikTV@NTV7 ini telah diperkenalkan pada November 2020 yang lepas. Melalui inisiatif ini, murid sekolah rendah dan menengah dapat menikmati dan belajar melalui program TV dalam keadah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Pada awalnya, waktu keseluruhan bagi 3 slot program TV Pendidikan adalah sebanyak 9 jam melalui TV Okey, Astro Tutor TV dan DidikTV@NTV7. Tetapi dengan penambahan slot terbaru ini, pastinya menjadikan waktunya lebih panjang fokus untuk pendidikan.

BACA : TV Pendidikan Kini Di 3 Saluran; TV Okey, Astro, NTV7

Tambahan Slot Pendidikan Di NTV7

Jadi mulai 27 Januari 2021, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menambah Slot Program TV Pendidikan dalam program DidikTV@NTV7, khusus untuk calon SPM tahun 2020.

Slot ini akan member fokus kepada kandungan pendidikan bagi membantu calon SPM tahun 2020 membuat persediaan sebelum menghadapi peperiksaan yang akan bermula pada 22 Februari 2021.

Jadi para pelajar boleh dapatkan program TV, NTV7 ini di saluran Tonton, MYTV107, Astro CH147 yang akan disiarkan selama 2 jam iaitu pada hari Isnin hingga Jumaat, pukul 3 petang hingga 5 petang.

Sebelum ini juga, KPM telah menambah 5 jam waktu siaran di saluran yang sama pada hari Sabtu dan Ahad bermula dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari dan jam 3 petang hingga 5 petang. Sekali gus, menjadikan waktu siaran TV Pendidikan sebanyak 11 jam setiap hari bagi ketiga-tiga saluran TV tersebut.

tv pendidikan

Jadual Rancangan

Para murid boleh dapatkan jadual rancangan dengan melayari portal rasmi KPM di www.moe.gov.my atau di media sosial rasmi KPM iaitu Facebook, Instagram dan Twitter.

Semoga ianya bermanfaat…

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here