advertisement

Selepas 5 hari mengumumkan penangguhan kemasukan pelajar dari zon merah, hari ini KPT sekali lagi tangguh pendaftaran bagi semua pelajar IPT kemasukan Oktober 2020.

Kenyataan ini dikeluarkan sendiri pihak Kementerian Pengajian Tinggi melalui kenyataan media yang dikongsikan di laman media sosial KPT. Selepas mendapat pandangan pelbagai pihak dengan peningkatan kes COVID-19 yang sedang berlaku, KPT mencadangkan kepada semua Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) untuk menangguhkan dahulu pendaftaran secara bersemuka/fizikal bagi pelajar baharu dan lama ke kampus.

Jadi semua urusan pendaftaran pelajar boleh dilaksanakan secara dalam talian, begitu juga aspek pengajaran dan pembelajaran sehingga pengumuman baharu mengenainya dibuat.

Tangguh Kemasukan Pelajar IPT Kemasukan Oktober 2020

Keputusan menangguhkan pendaftaran secara fizikal/bersemuka pelajar-pelajar yang terlibat perlu dibuat demi memelihara kesejahteraan dan keselamatan semua pihak.

Bagi pelajar yang telah berada di kampus dan sedang mengikuti aktiviti akademik, mereka boleh kekal berada di kampus masing-masing. Pihak IPT diminta membantu segala keperluan yang diperlukan oleh pelajar, seperti di dalam kenyataan media tersebut.

Pelajar Terkesan Dengan Pembelian Tiket Penerbangan

Pihak KPT telah usahakan dengan membuat perundingan dengan syarikat-syarikat penerbangan bagi memohon penjadualan semula penerbangan pelajar-pelajar ke kampus khususnya bagi mereka yang telah membeli tiket.

Hasilnya, syarikat-syarikat penerbangan telah bersetuju untuk menjadualkan semula penerbangan pelajar sehingga 31 Disember 2020.

Sebarang pertanyaan berkaitan pergerakan balik ke kampus serta sesi pengajaran dan pembelajaran boleh dirujuk terus kepada IPT masing-masing selepas ini.

sumber : KPT

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here