advertisement

Tarikh baru bagi peperiksaan SPM, SVM, STAM dan STPM akan dilaksanaka dengan tarikh baru seperti yang diumumkan oleh Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Habibah Abdul Rahim.

Kita sedia maklum, Menteri Kanan (Pendidikan), Dr. Mohd Radzi Md Jidin telah mengumumkan dimana semua sekolah akan ditutup bermula 8 November hingga 18 Disember 2020 berikutan arahan PKPB. Berikutan itu, peperiksaan yang sedang dijalankan terpaksa ditangguh seperti peperiksaan percubaan SPM.

Berikutan penutupan sekolah, peperiksaan lain yang diumumkan pada awalnya terpaksa dipinda ke tarikh lain sehingga selesai arahan PKPB serta berjaya memutuskan rantaian pandemik COVID-19 yang semakin meningkat ketika ini.

Pengumuman Tarikh Peperiksaan SPM, SVM, STAM Dan STPM

Berikut merupakan tarikh pindaan terbaru bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) seperti yang diumumkan oleh pihak KPM

SPM, SVM dan STAM bermula pada 22 Februari 2021

STPM bermula pada 8 Mac 2021

tarikh baru peperiksaan spm, stpm
advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here