Tarikh konvokesyen telah pun diumum kepada bakal alumni bagi universiti dan kolej sendiri. Mungkin masih ada lagi pusat pengajian tinggi yang tidak mengumumkan tarikh konvoksyen atas sebab-sebab tertentu.
Jadi kepada anda yang bakal bergraduasi pada tahun 2019 ini, disini admin akan kongsikan tarikh rasmi konvokesyen bagi universiti awam, swasta, kolej swasta, politeknik dan beberapa tempat lain lagi.
Jika pada artikel sebelum ini, admin ada keluarkan tarikh konvokesyen bagi beberapa universiti. Bagi universiti tersebut, mereka biasanya akan mengadakan majlis konvokesyen sebanyak 2 kali setahun kerana bilangan pelajar yang ramai.
[Artikel Berkaitan] Tarikh Konvokesyen Universiti Awam 2019
Semoga senarai tarikh konvoksyen ini memberi sedikit persediaan kepada bakal graduasi untuk hadir di majlis tersebut. Jika anda tahu lebih awal, mudah la jika anda mahu membuat permohonan cuti jika sudah bekerja dan rancang perjalanan untuk ke majlis tersebut.
Isi kandungan
Tarikh Konvokesyen Universiti di Malaysia
Universiti Awam
Universiti | Edisi | Tarikh |
Universiti Malaya, UM | Ke-59 | 12 – 16 Oktober 2019 |
Universiti Sains Malaysia, USM | Ke-57 | 24 – 29 September 2019 |
Universiti Teknologi Malaysia, UTM | Ke-63 | 2 – 5 November 2019 |
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM | Ke-35 | 23 – 26 November 2019 |
Universiti Utara Malaysia, UUM | Ke-32 | 19 – 23 Oktober 2019 |
Universiti Malaysia Pahang, UMP | Ke-14 | 16-17 November 2019 |
Universiti Malaysia Sarawak, UNIMAS | Ke-23 | 28 – 30 Oktober 2019 |
Universiti Malaysia Sabah, UMS | Ke-21 | 23 – 25 November 2019 |
Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI | Ke-21 | 19 – 21 November 2019 |
Universiti Sains Islam Malaysia, USIM | Ke-17 | 26 – 27 November 2019 |
Universiti Putra Malaysia, UPM | Ke-43 | 16 – 19 November 2019 |
Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM | Ke-47 | 2 – 5 November 2019 |
Universiti Teknikal Malaysia Melaka, UTeM | Ke-15 | 2 – 3 Disember 2019 |
Universiti Malaysia Perlis, UniMAP | Ke-14 | 16 – 19 November 2019 |
Universiti Sultan Zainal Abidin, UniSZA | Ke-11 | 15 – 17 Oktober 2019 |
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, UPNM | Ke-10 | 14 November 2019 |
Universiti Malaysia Terengganu, UMT | Ke-17 | 16 – 18 November 2019 |
Universiti Malaysia Kelantan, UMK | Ke-9 | 19 – 21 Oktober 2019 |
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, UTHM | Ke-19 | 19 – 21 Oktober 2019 |
Universiti Teknologi Mara, UiTM Edisi Kali Ke-91
UiTM | Tarikh |
Dewan Agung Tuanku Canselor, UiTM Shah Alam | 5 – 10 Oktober 2019 |
Dewan Seri Iskandar, UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar | 8 – 9 Oktober 2019 |
Dewan Profesional, UiTM Cawangan Kelantan, Kampus Machang | 9 – 10 Oktober 2019 |
Dewan Indera Segara, UiTM Cawangan Pahang, Kampus Jengka | 14 – 15 Oktober 2019 |
Dewan Taming Sari, UiTM Cawangan Melaka, Kampus Alor Gajah | 15 – 17 Oktober 2019 |
Dewan Seri Temenggong, UiTM Cawangan Johor, Kampus Segamat | 22 -23 Oktober 2019 |
Dewan Perdana, UiTM Cawangan Kedah, Kampus Sungai Petani | 23 Oktober 2019 |
Dewan Biduanda, UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Kampu Rembau | 29 – 30 Oktober 2019 |
Dewan Sri Semarak, UiTM Cawangan Perlis, Kampus Arau | 30 – 31 Oktober 2019 |
Dewan Aspirasi, UiTM Cawangan Terengganu, Kampus Dungun | 30 – 31 Oktober 2019 |
Dewan Al-Bukhari, UiTM Cawangan Sabah, Kampus Kota Kinabalu | 5 November 2019 |
Dewan Besar, UiTM Cawangan Pulau Pinang, Kampus Permatang Pauh | 6 November 2019 |
Dewan Jubli, UiTM Cawangan Sarawak, Kampus Samarahan | 6 – 7 November 2019 |
Universiti Swasta
Universiti / Kolej | Edisi | Tarikh |
Universiti Kuala Lumpur, UniKL | Ke-16 | 12 – 14 Oktober 2019 |
Universiti Multimedia, MMU | Ke-20 | 21 – 22 September 2019 |
Universiti Selangor, UNISEL | Ke-14 | 30 November – 2 Disember 2019 |
Open Universiti, OUM | Ke-23 | 21 – 22 September 2019 |
Universiti Teknologi Petronas, UTP | Ke-19 | 17 November 2019 |
Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, KUIS | Ke-22 | 6 – 8 September 2019 |
Kolej Universiti Insaniah, KUIN | Ke-20 | 17 Februari 2019 |
Universiti MAHSA | Ke-16 | 22 Jun 2019 |
Kolej Universiti Islam Melaka, KUIM | Ke-23 | 7 – 8 September 2019 |
Cyberjaya University College Of Medical Sciences, CUCMS | Ke-10 |
Politeknik
Politeknik | Tarikh |
Seberang Prai | 6 September 2019 |
Tasik Gelugor | 21 September 2019 |
Sandakan | 21 September 2019 |
Kuala Terengganu | 22 September 2019 |
Tuanku Sultanah Bahiyah | 28 September 2019 |
Kolej Komuniti
Kolej Komuniti | Tarikh |
Sarawak | 7 September 2019 |
Selangor | 14 – 15 September 2019 |
Sabah | 21 September 2019 |
Jadi ini sedikit sebanyak perkongsian berkaitan tarikh konvokesyen bagi pusat Pengajian Tinggi di Malaysia. Untuk maklumat lanjut dan lebih info anda boleh layari terus ke laman web rasmi bagi setiap tempat dimana anda belajar.
Selamat maju jaya kepada semua bakal graduan yang akan menyertai majlis konvoksyen yang akan datang.
[…] Baca Juga : Tarikh Konvokesyen Universiti Malaysia 2019 […]
[…] Baca Juga : Tarikh Konvokesyen Universiti Malaysia 2019 […]
GOOD MORNING, MAY I KNOW WHEN THE CONVO FOR UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG 2020, PLEASE. THANK YOU.
untuk convo 2020 masih tiada tarikh lagi. Biasanya dalam bulan november.