Hari ini, Menteri Pendidikan Malaysia, Dr. Mohd Radzi Md Jidin mengumumkan tarikh-tarikh pembukaan semula sekolah bagi sesi 2021 iaitu bermula 1 Mac dan secara berperingkat seperti yang ditetapkan.
Pembukaan semula sekolah ini bagi membenarkan murid sekolah rendah dan menengah kembali untuk menjalani sesi PdP secara bersemuka seperti sedia kala. Pastinya pembukaan ini perlu dipatuhi dengan mengikut segala SOP yang ditetapkan oleh pihak MKN dan KKM bagi mengelakkan penularan COVID-19 dari kalangan murid dan guru.
BACA : Kini Semua Murid Tidak Perlu Pulang Ke Sekolah Kecuali Murid Hadapi Peperiksaan
Selain sekolah dibawah KPM, ianya juga melibatkan Kolej Vokasional dan sekolah antarabangsa.
Isi kandungan
Tarikh Pembukaan Semula Sekolah Untuk Tahun 2021
Pembukaan semula sekolah ini adalah secara berperingkat yang dimulai dengan Pra Sekolah, Tahun 1 dan Tahun 2
Sekolah Rendah
Pra Sekolah / Tahun 1 / Tahun 2 | 1 Mac 2021 |
Tahun 3 hingga Tahun 6 | 8 Mac 2021 |

Sekolah Menengah
Kumpulan A | 4 April 2021 |
Kumpulan B | 5 April 2021 |
Kumpulan A : Johor, Kedah, Kelantan & Terengganu
Kumpulan B : Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya)

Kolej Vokasional
Sijil Vokasional Malaysia Tahun 1 (Sem 2) | 1 Mac 2021 |
Diploma Vokasional Malaysia Tahun 1 (Sem 2) | 1 Mac 2021 |

Sekolah Swasta
Sekolah Rendah
Pra Sekolah / Tahun 1 / Tahun 2 | 1 Mac 2021 |
Tahun 3 – Tahun 6 | 8 Mac 2021 |
Sekolah Menengah
Kumpulan A | 4 April 2021 |
Kumpulan B | 5 April 2021 |

Sekolah Antarabangsa / IPS Kategori Pusat
Semua peringkat / kategori dibuka pada 8 Mac 2021

Semoga sekolah dapat dibuka dalam tempoh yang ditetapkan dan tiada lagi kes COVID-19 meningkat ketika ini. Anak-anak dapat kembali ke sekolah seperti biasa tetapi mengikut norma baharu dengan patuhi segala SOP yang ditetapkan.