advertisement

Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) hari ini mengumumkan tarikh temu duga untuk tahun 2021. Jadi calon boleh buat persediaan awal sebelum hadih bagi urusan temu duga kelak.

Tarikh Temu Duga

temu duga spp

Menerusi perkongsian bertarikh 15 Januari 2021, Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) memaklumkan dimana urusan temu duga bagi Graduan Pendidikan Lepasan Universiti Awam akan dilaksanakan selewat-lewatnya pada minggu ketiga bulan Februari 2021.

Kaeadah Temu Duga

Kali ini sedikit berbeza dimana, urusan temu duga akan dilaksanakan secara maya bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19.

Calon yang akan dipanggil temu duga pada kali ini adalah terdiri daripada calon-calon yang telah memohon atau mengemaskini maklumat melalui portal mySPP (myspp.spp.gov.my) selewat-lewatnya pada 18 Ogos 2020, berdasarkan hebahan tarikh tutup permohonan yang telah dikeluarkan pada 11 Ogos 2020.

BACA : Semakan Panggilan Temu Duga Bagi Lepasan STPM Di UPSI

Oleh itu, pihak SPP menyarankan calon-calon yang terlibat agar bersedia dan sentiasa melayari laman web sesawang dan platform media sosial rasmi SPP bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan urusan temu duga ini.

Selamat maju jaya kepada semua bakal pendidik…

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here