Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang sedang berkhidmat dan berkelayakan untuk memohon program Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh bagi mengikuti pengajian peringkat Ijazah Sarjana atau Kedoktoran secara sepenuh masa/separuh masa di universiti awam dalam negara dan luar negara.

tawaran cuti belajar penuh bagi sambung belajar ke peringkat ijazah sarjana dan kedoktoran 2019
Tawaran permohonan ini dibuka mulai 23.01.2019 hingga 06.02.2019 mulai jam 5.00 petang secara dalam talian sepenuhnya melalui sistem e-Penawaran di epenawaran.moe.gov.my. Calon DIWAJIBKAN untuk membaca dan memahami syarat-syarat serta tatacara permohonan yang disertakan di dalam sistem e-Penawaran sebelum mengisi dan mengemukakan permohonan. 
Calon yang sedang berkhidmat di sekolah dinasihatkan untuk mengemaskini terlebih dahulu maklumat di dalam sistem e-Operasi (eoperasi.moe.gov.my) untuk memudah dan melancarkan proses permohonan. Manakala calon yang bertugas selain di sekolah boleh terus mengisi dan melengkapkan maklumat yang diminta di dalam borang permohonan sistem e-Penawaran.
Segala syarat dan cara permohonan anda boleh layari portal rasmi epenawaran.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan sistem e-Penawaran, boleh menghubungi urusetia berikut:

Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (pertanyaan umum berkaitan program):
Telefon (hotline): 03-8888 1616
E-mel : epenawaran@moe.gov.my

Bahagian Pengurusan Maklumat (bantuan teknikal):
Telefon (hotline): 03-8884 3717 / 03-8884 3572
E-mel : helpdesk@moe.gov.my
Pendidikan Untuk Semua

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here