advertisement

Pihak Kementerian melalui portal rasmi MOE memberitahu bahawa telah menerima tawaran biasiswa daripada International School of Eduction (ISE), Vietnam Maritime University (VMU) melalui pihak Kedutaan Besar Malaysia di Vietnam yang menawarkan tajaan biasiswa peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi sesi 2019/2020 kepada pelajar Malaysia.

Tarikh Permohonan Pengajian Dan Biasiswa 

Seperti di dalam lampiran yang disediakan di bawah, anda boleh mula memohon bermula sekarang sehingga tarikh tutup iaitu 30 July 2019 dengan memuat turun lampiran penting yang disediakan oleh pihak VMU kepada KPM:

Butiran Lanjut Berkaitan Biasiswa

Penawaran biasiswa ini khas kepada pelajar diperingkat Ijazah Sarjana Muda bagi tempoh empat (4) tahun dengan syarat mengekalkan keputusan GPA 2.5 bagi tempoh tersebut. Butiran biasiswa seperti berikut:

  • 100% tajaan biasiswa (yuran pengajian dan kolej kediaman) bagi 2 pelajar;
  • 50% tajaan biasiswa (yuran pengajian) bagi 2 pelajar; dan
  • 30% tajaan biasiswa (yuran pengajian) adalah tidak terhad.

Kepada pelajar yang ingin memohon menyertai pengajian atau program beserta biasiswa ini, anda haruslah mempunyai sijil kelayakan dan juga memenuhi keperluan minimum daripada English Fluency – IELTS 4.0 atau setaraf dengannya.

Tetapi kepada yang tidak capai syarat minimum, ISE akan menyediakan kelas English kepada pelajar untuk pelajari English dengan baik yang bayaran kelasnya ditanggung sendiri oleh pelajar sebanyak $500 bagi 10 minggu

Bidang Pengajian Yang Ditawarkan

  • Global Studies and Maritime Affairs (GMA);
  • International Business and Logistics (IBL); dan
  • Business Management and Marketing (BMM).

Sehubungan itu, bagi yang berminat untuk memohon, anda hendaklah mengemukakan borang permohonan secara softcopy melalui emel kepada trang.ise@vimaru.edu.vn atau hardcopy ke alamat:

ISE, VMU: International Relations Division of International School of Education, 
Nha A5, Truong Dai Hoc Hang Hai Viet Nam, 
484 Lach Tray, Le Chan, 
Hai Phong, Viet Nam. 

Sebarang pertanyaan lanjut mengenai biasiswa tersebut boleh diajukan kepada pegawai daripada Bahagian Antarabangsa, VMU seperti butiran berikut:

Nama: Ms. Trang
Emel: trang.ise@vimaru.edu.vn
Telefon: +84-2253261999 / +84-934661104
Laman web: http://eng.vimaru.edu.vn/

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here