advertisement

MARA hari ini telah membuka permohonan di mana menawarkan Pinjaman Pelajaran Untuk Pengajian Di Peringkat Pasca Siswazah (Master & PhD) Dan Peringkat Profesional di Institusi Pengajian Tinggi Terkemuka Dalam dan Luar Negara. 
MARA menawarkan pinjaman pelajaran dalam bentuk pinjaman boleh ubah ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) dan juga peringkat Profesional di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara dalam bidang yang memberi impak yang besar kepada keperluan guna tenaga negara  menerusi Program Graduan Cemerlang (GrEP) dan Program Pembangunan Profesional (PRO-P)
Tawaran Pinjaman Pembiayaan Pelajaran Peringkat Master & PhD Tahun 2019 Daripada MARA

Tarikh Permohonan

Permohonan pinjaman pelajaran bagi kedua-dua program iaitu GrEP dan PRO-P ini dibuka pada 15 Februari sehingga 25 Februari 2019


Permohonan Atas Talian

Pemohon boleh memohon di website rasmi MARA >> www.mara.gov.my


Bidang Pengajian Yang Ditawarkan

Pelbagai bidang yang ditawarkan bagi peringkat Pasca Siswazah (Master dan PhD) antaranya:
  1. Alam Bina
  2. Multimedia 
  3. Information & Communication Technologies (ICT)
  4. Aeroangkasa
  5. Industri Rel 
  6. Kejuruteraan 
  7. Sains 
  8. Sains Perubatan 
  9. Sains Sosial
Manakala bidang yang ditawarkan bagi peringkat Profesional atau Pakar adalah:
  1. Perakauan
  2. Perubatan
  3. Pergigian

Syarat Permohonan

Untuk Program Graduan Cemerlang (GrEP) bagi peringkat Master dan PhD anda boleh lihat syarat permohonan umum dan syarat akademik di bawah:

Manakala di bawah Program Pembangunan Profesional (PRO-P) bagi peringkat Profesional anda boleh lihat syarat permohonan umum dan syarat akademik di bawah:

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:
No Tel : 03-2613 2059/2032/2067/2103
Emel : pascasiswazah@mara.gov.my

Pendidikan Untuk Semua
advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here