advertisement

Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang menyediakan ruang pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan akedemik serta khidmat nasihat professional dalam bidang seni budaya dan warisan yang bertujuan menghasilkan seniman yang mahir dan karyawan yang berwibawa dalam bidangnya disamping memantapkan kesinambungan warisan seni negara. Pada prinsipnya ASWARA menumpukan kepada pendidikan seni bagi melahirkan “performers” yang berilmu dan professional bagi mengisi industri seni negara.

Pada 27 April 2019 baru-baru ini, telah berlangsung Hari Terbuka ASWARA dengan pelbagai aktiviti yang disediakan termasuk juga sesi temuduga bagi lepasan SPM/STPM untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang seni budaya. 

Jadi berita baik untuk anda yang terlepas pada Hari Terbuka tersebut dimana, pihak ASWARA sekali lagi akan mengadakan sesi temuduga dan uji bakat bagi lepasan SPM dan juga STPM. 

“Rektor Aswara Prof Madya Sahar Sa’di Hashim dalam kenyataannya hari ini berkata temu duga dan uji bakat itu diadakan bagi memberi peluang kepada orang ramai yang berminat tetapi tidak dapat menghadiri Hari Terbuka Aswara 2019 pada Sabtu lepas.”

Tarikh Temuduga Dan Uji Bakat

Pengajian Asasi Sesi Kreatif

  1. 6 Mei – 8 Mei 2019 di ASWARA, Kuala Lumpur
  2. 12 Mei 2019 di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kedah dan Terengganu
  3. 13 Mei 2019 di JKKN Melaka dan Sarawak
  4. 15 Mei 2019 di JKKN Sabah

Pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda

  1. 30 Jun 2019 di JKKN Kedah dan Terengganu
  2. 1 Julai 2019 di JKKN Melaka dan Sarawak
  3. 3 Julai 2019 di JKKN Sabah
  4. 8 Julai – 11 Julai di ASWARA, Kuala Lumpur

Pendaftaran

Pelajar yang berminat memasuki Aswara disarankan membawa:  

  1. Sijil asal dan salinan yang berkaitan seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau 
  2. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau 
  3. Yang setaraf bagi menjalani sesi temu duga dan uji bakat

Manakala bagi permohonan dan pendaftaran bagi Pengajian Diploma dan Ijazah Sarjana Muda boleh dibuat di www.aswara.edu.my sebelum tarikh tutup permohonan pada 15 Mei 2019.

Untuk ketahui lebih lanjut, rujuk infografik Tips Permohonan Belajar di ASWARA melalui Online
 
kemasukan ke aswara
 

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Unit Kemasukan dan Rekod di:03-2778 5960/5961

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here