advertisement

Pada Maca 2019 yang lepas, pihak Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah membuka permohonan kepada pelajar yang layak bagi memohon pinjaman MARA bagi pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di universiti terbaik dunia ( WORLD’S TOP UNIVERSITIES, WTU).

Selepas saringan dibuat, kini seramai 31 pelajar yang akan melanjutkan pelajaran ke universiti-universiti terbaik dunia (WTU) menerima surat tawaran pinjaman pelajaran Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Penerimaan surat tawaran pinjaman MARA ini lebih bermakna kepada pelajar yang layak. Ini kerana, mereka akan menerima surat tersebut sendiri daripada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya.

Mereka akan melanjutkan pelajaran ke universiti seperti University of Oxford, Imperial College London, University College London dan London School of Economics and Political Science di United Kingdom, University of Michigan di Amerika Syarikat, Technical Ludwig-Maximilians Universitat Munchen di Jerman dan Nanyang Technological University di Singapura. 

Menurut pihak MARA, program WTU itu merupakan pinjaman pelajaran MARA kepada pelajar cemerlang yang ditawarkan mengikuti pengajian ke peringkat ijazah pertama di universiti-universiti terbaik dunia.

Mereka mestilah tidak pernah memiliki sijil di Peringkat Sarjana Muda dan mestilah berumur di bawah 25 tahun dari tarikh permohonan dikemukakan.

Program pinjaman pelajaran MARA telah diwujudkan sejak 1966 dan telah menaja seramai 523,940 orang pelajar, katanya. MARA memaklumkan, bagi tahun ini kerajaan memperuntukkan sebanyak RM2 bilion di bawah program itu dan setakat Mei, sejumlah 37,909 pelajar telah mendapat manfaat mengikuti pengajian di institusi dalam dan luar negara. 

[Sudah Baca?] Permohonan Penajaan Program Pelajar Cemerlang (PPC) Daripada JPA

Program WTU adalah kesinambungan dan penambahbaikan daripada program sedia ada dan pada tahun ini, MARA memperluaskan pilihan universiti kepada negara bukan berbahasa Inggeris seperti Jepun, China, Korea, Rusia dan Switzerland, katanya.

Pemilihan universiti-universiti berkenaan dirujuk kepada kedudukan universiti terbaik yang dikeluarkan oleh organisasi pengiktirafan peringkat antarabangsa setiap tahun, kata MARA.

Antara Pelajar Yang Menerima Tawaran Pinjaman MARA

Salah seorang penerima tawaran tersebut ialah saudara Amir Khaled Farid. Adik Amir begitu teruja menerima surat tawaran itu daripada Dr Mahathir sendiri yang merupakan antara idolanya dalam bidang politik selain bekas Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Beliau yang akan melanjutkan pelajaran dalam kursus Falsafah Politik dan Ekonomi di London School of Economics and Political Science itu berhasrat untuk menjadi ahli politik yang mampu mengubah landskap politik negara supaya lebih matang dan lebih fokus kepada isu berbanding sentimen emosi.

“Ini merupakan satu motivasi dan saya akan pulang ke Malaysia selepas tamat pengajian untuk membantu membangunkan negara,” katanya kepada pemberita selepas menerima surat tawaran itu.

senarai menerima pinjaman mara

Diharap kepada adik-adik yang menerima Pinjaman MARA ini supaya belajar bersungguh-sungguh di luar negara. Jagalah nama baik Malaysia dan bukti Malaysia juga mampu melahirkan pelajar yang berkualiti sekali gus dapat mengharumkan nama negara.

advertisement

1 COMMENT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here