Share on facebook
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram
aliran sains atau aliran sastera

Betul bermula tahun depan tiada lagi aliran sains atau aliran sastera di sekolah? Jika anda bakal menghadapi SPM atau pun sudah melepasi zaman persekolahan, sudah pastinya aliran ini pernah didengari oleh anda.

Aliran Sains atau Aliran Sastera? Apa beza kedua-dua aliran ini yang sedang diperkatakan ketika ini?

aliran sains atau aliran sastera

Aliran ini hanya terdapat di dalam tingkatan 4 dan tingkatan 5 di setiap sekolah di Malaysia. Jika sebelum ini, yang biasa kita dengar, jika pelajar pandai, mereka akan memilih Aliran Sains bermula pada tingkatan 4 dan jika pelajar itu tidak menunjukkan keputusan yang baik, mereka dipilih memasuki Aliran Sastera.

Baca Juga : Permohonan Kemasukan Sekolah Berasrama Penuh Tahun 2020

Ada pelajar yang bijak tidak semestinya mereka gemar akan subjek sains yang ditawarkan dan mungkin pelajar yang terkebelakang itu, baik pada subjek sains. Jadi adanya sistem aliran ini, akan berlaku ketidak adilan kepada mereka.

Aliran Sains Atau Aliran Sastera

Ini merupakan sistem pendidikan di Malaysia yang telah digunapakai sehingga sekarang. Tetapi baru-baru ini, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik dalam satu temuramah ketika di Jerman memberi tahu dimana bermula tahun hadapan, pelajar bebas memilih subjek yang mereka gemar dan bukan lagi mengikut aliran.

Jika di Aliran Sains, antara subjek wajib adalah Biologi, Kimia, Fizik, Matematik Tambahan manakala subjek Aliran Sastera seperti subjek Ekonomi, perniagaan dan Aliran Perkaunan mengambil subjek akaun.

Jadi beliau komited, bermula tahun hadapan tiada lagi pengkelasan mengikut aliran. Pelajar tingkatan 4 khususnya bebas memilih subjek yang mereka gemari untuk membolehkan mereka membina masa hadapan sendiri.

Admin rasa bebas memilih subjek ini sudah ada sebelum ini, tetapi sistem aliran ini masih ada sehingga sekarang. Tapi kalau lepas ni, bebas memilih subjek, adakah akan berlaku pemindahan kelas setiap kali subjek tersebut diajar, sama seperti sistem di IPTA?

Adakah anda setuju akan hal ini? Kongsikan komen anda di bawah.

Artikel Berkaitan

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kongsikan kepada Yang lain

Jika anda dapati, artikel ini menarik, kongsikan dengan rakan dan pembaca lain