advertisement

Hari ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan dimana tiada lagi penggiliran bermula 17 April 2022 dimana kesemua murid dibenarkan hadir ke sekolah rendah secara bersemuka seperti biasa.

Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Pendidikan, YB Dr. Radzi Jidin menerusi rakaman video yang dikongsikan di lama facebook beliau hari ini melalui slot #TanyaDRJ.

‘Anak-anak di sekolah rendah yang sebelum ini hadir secara bergilir, bermula April di negeri kumpulan A dan 18 April bagi negeri kumpulan B, boleh datang sekolah bersemuka seperti biasa tanpa penggiliran.

Kumpulan A adalah terdiri daripada sekolah-sekolah yang berada di negeri Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu manakala negeri lain diletak dalam kumpulan B.

Keputusan ini dibuat selepas melihat proses sesi persekolahan secara bersemuka dengan penggiliran bagi sekolah rendah sejak 21 Mac lepas dan sesi persekolahan secara bersemuka tanpa penggiliran bagi sekolah menengah sejak isnin lepas.

Sebelum ini, KPM telah menetapkan murid Tahun 3, 4 dan 5 hadir ke sekolah secara penggiliran terutama di sekolah yang melebihi 600 orang manakala bagi yang jumlah pelajar di bawah 600 orang, semua murid sekolah rendah harian dan sekolah swasta perlu hadir tanpa penggiliran.

KPM juga berharap kesemua guru dan murid supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan ketika berada di sekolah walaupun negara kini sudah berada dalam Fasa Peralihan ke Endemik.

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here