advertisement

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia (LP KPM) hari ini menjelaskan tiada rombakan berlaku pada format peperiksaan SPM seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Kenyataan ini dibuat susulan laporan akhbar Sinah Harian pada 7 Februari 2021 bertajuk “Wajah Baharu SPM” di muka hadapan, “SPM Bakal Dirombak” di muka surat 2 dan “Peperiksaan Boleh Buka Buku” di muka surat 3.

BACA : Tarikh Baru Peperiksaan SPM, SVM, STAM Dan STPM Diumumkan

Disebabkan ini, ianya telah menimbulkan banyak kekeliruan kepada orang ramai khususnya calon peperiksaan SPM tahun 2020.

Format Peperiksaan SPM Tahun 2020 Kekal

Jadi menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, LP KPM menegaskan bahawa format peperiksaan SPM tahun 2020 adalah kekal seperti sedia ada dan juga laporan berkaitan format peperiksaan SPM pada masa akan datang adalah tidak benar.

LP KPM akan memaklumkan secara rasmi kepada orang ramai sekiranya format peperiksaan SPM dan sistem pentaksiran akan berubat formatnya dimasa akan datang

peperiksaan spm
advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here