advertisement

Tiada sekolah dibuka sepanjang PKPB. Perkara ini telah diberitahu oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui pengumuman di portal KPM sendiri

Bermula 4 Mei (Isnin) ini, kita akan memasuki sebuah lagi tempoh PKP yang baru iaitu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 12 Mei 2020 kelak. Jadi bermula hari itu, hampir semua industri dan aktiviti perniagaan telah dibenarkna beroperasi.

Jadi timbul pelbagai keresahan rakyat Malaysia katanya, pembukaan ini nampak seperti terlalu awal. Jadi apa pendapat anda?

Baca Juga : Antara SOP Bagi Membawa Pulang Pelajar Yang Terkandas Untuk Pulang Ke Kampung Dalam Tempoh PKP

Golongan pendidik juga adakah akan dibenarkan beroperasi? Bagaimana dengan sekolah? Juga akan dibuka sama seperti aktiviti perniagaan lain juga? Kekhuatiran ini, akhirnya dijawab sendiri oleh pihak KKM adakah sekolah juga dibuka?

Tiada Sekolah Dibuka Sepanjang PKPB

Melalui pengumuman yang dibuat, semua sekolah masih ditutup dan mengenai tarikh pembukaan semua sekolah hanya dikeluarkan sekurang-kurangnya 2 minggu lebih awal. Jadi, tunggu sahaja pengumuman daripada KPM.

Buat masa ini, guru terus digalakkan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dari rumah. Jika terdapat keperluan untuk ke sekolah, pastikan mendapat kelulusan pentadbir sekolah dahulu. Jika ingin bergerak ke tempat tinggal selepas terkandas di kampung, guru perlu memohon melalui aplikasi GERAK MALAYSIA dan mengikut jadual yang ditetapkan oleh PDRM.

Untuk maklumat lanjut, guru boleh rujuk pengumuman Soalan Lazim (FAQ) berkaitan PKPB melalui portal KPM.

sekolah dibuka

advertisement

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here